Tuesday, 6 December 2016

MUHYIDDIN BERWALA KEPADA MAHATHIR MEMBABI BUTA !!!


Amat sedih sekali apabila orang yang senior dalam politik seperti Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak faham dan keliru terhadap lafaz Wala dan setia kepada pemimpin seperti yang telah dilaksanakan oleh ahli UMNO kepada institusi kepresidenan UMNO.



Muhyiddin memilih untuk pura-pura bendul terhadap maksud dan jiwa lafaz Wala itu, seolah-olah ahli UMNO tidak faham dan tidak tahu erti wala, serta melafazkannya secara membabi buta.

Pada masa yang sama, Muhyiddin telah menyerahkan jiwa dan raganya kepada Tun Mahathir, sedangkan perbuatan itu sebenarnya berlawanan dengan erti wala yang sebenar.

Setelah Tun Mahathir menukar prinsip, menukar akidah politik, membuat pusingan U kepada semua, namun Muhyiddin masih berwala dengannya secara membabi buta. 

Inilah maksud sebenar ketaksuban membabi buta tanpa berfikir.

Tun Mahathir hari ini adalah Tun Mahathir yang sudah bertukar pendirian. 

Beliau bukan lagi Tun Mahathir yang 'kenyang' dan gemuk ketika mendapat semua yang dikehendaki dari Parti UMNO. 

Inilah Tun Mahathir yang sakit hati kerana kehendaknya tidak dilayan oleh UMNO.

Beliau telah berpaling tadah kepada musuh yang pernah dijijikkan dan dimomokkannya sejak berpuluh tahun lalu. 

Jadi, ini adalah Tun Mahathir yang berbeza dari dulu.

Hatta, selepas sikap dan pendirian Tun Mahathir yang sudah berubah pun, Muhyiddin masih berwalakan bekas Perdana Menteri itu. 

Malang bagi Muhyiddin kerana menjadi orang yang sudah buta mata dan hati disebabkan pendiriannya taksub kepada Tun Mahathir.

Jika dahulu Tun Mahathir benci akan DAP, kini beliau menjadi sayang kepada parti itu. 

Jika dahulu Tun Mahathir amat takut beralih punggung kepada Anwar sebab takut diliwat, kini Tun Mahathir datang merafak sembah kepada Anwar. 

Begitu juga dengan Soros.

Muhyiddin amat jahil apabila menyatakan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang pernah dihadirinya, Presiden mengunakan platform itu tempat membicarakan hal hal kedudukan orang Melayu, bukannya tempat ahli berbaiah kepada Presiden.

Hakikatnya, Tun Mahathir pernah beberapa kali menjadikan platform yang sama menghentam Anwar dan DAP demi mahu selamatkan kedudukannya.

Apa yang paling menghairankan adalah apabila Muhyiddin masih 'ada hati' lagi dengan UMNO dan ambil peduli terhadap apa yang dilakukan oleh ahli UMNO terhadap Presidennya, sedangkan partinya, PPBM masih terkontang kanting dan malu untuk mengisytiharkan jumlah keahlian sebenarnya ketika ini.

Sepatutnya pedulikan UMNO kerana UMNO bukan lagi parti tempat Muhyiddin mengumpul harta dan menyerah projek kepada anak dan kroni.

Apa pun nampaknya UMNO masih dalam hati Muhyiddin dan pemergiannya adalah kerana terpaksa.

Jika anda taksub dan akur kepada Tun Mahathir itu adalah hak anda, tetapi ahli UMNO juga ada hak untuk melakukan wala kepada uliL amri mereka yang telah difitnah dan ditipu.

Samalah juga dengan wala yang anda lakukan terhadap isteri orang seperti kes di mahkamah, itu juga hak anda.


[ BB175 ]

No comments:

Post a Comment