Monday, 10 April 2017

RELAKAH MELAYU DIBABI KAN ?!!



Penguasa Pakatan Harapan, Lim Kit Siang akhirnya terpaksa 'menundukkan' ego sendiri apabila perlu melutut dengan pengundi berbangsa Melayu untuk terus mencari pengaruh dan undi. 


Ini jelas melalui kenyataan anaknya Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan Dr Mahathir Mohamad berjaya urus negara kita dengan baik selama 22 tahun.

Umpama tangan kanan yang bawa madu, DAP akan cuba sedaya upaya mereka untuk menarik hati para pengundi Melayu. 

Sebab itulah mereka sanggup membenarkan Mahathir melalui PPBM menyertai Pakatan Harapan yang dikuasai mereka.

Tidak cukup dengan itu, Kit Siang turut mengangkat  Mahathir dan Wan Azizah dari PKR sebagai penasihat Pakatan Harapan. Inilah "madu terbesar" DAP untuk umpan undi orang Melayu.

Kononnya DAP amat menghargai bangsa Melayu dan meletakkan kedudukan tertinggi terhadap pemimpin bangsa Melayu dalam pakatan pembangkang.

Namun sebenarnya 'tangan kiri dibelakang sedang memegang pisau'. Tajam dan amat bersilau.

Niat sebenar dan "hidden agenda" itu sudah dapat disaksikan bila DAP meroyan tak tentu pasal dalam urusan hal ehwal agama Islam dalam Dewan Rakyat.

Tidak mahu beri peluang langsung kepada Ahli Parlimen PAS Marang, Haji Hadi Awang untuk membentangkan RUU 355 yang berkaitan agama Islam dalam Parlimen. 

Kenapa perlu DAP bangun menghalang? Inilah bukti bahawa DAP 'elergic' dengan mana-mana usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia.

Kelakuan yang sama pernah berlaku dalam dewan undangan negeri Perak pada 2008. Mereka biadap pada Sultan Perak dan beraksi bagai sarkas dalam dewan sedangkan pada masa sebelumnya mereka menjadikan Nizar sebagai "madu" dan tawaran mereka.

Nasib baik "madu" itu hanya tahan untuk 9 bulan sahaja. Itu pun sudah cukup untuk DAP, Nga dan Ngeh memegang pisau melaksanakan beberapa "hidden agenda" DAP di Perak.

Jadi pengajaran yang harus pengundi beragama Islam sedar adalah tentang bahayanya mengundi DAP dalam mana-mana pilihan raya. Apatah lagi sejak 2015, pelbagai pihak yang berlatarbelakangkan agama telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa undi DAP sebagai haram.

Bukan seorang, malah beberapa tokoh agama termasuklah Mufti Pahang telah lama memberi peringatan kepada umat Islam bahawa bahayanya DAP ini. Maka sedarlah semua, imej baik yang DAP cuba tonjolkan untuk bangsa Melayu dan agama Islam itu sekadar mahu memancing simpati sahaja. 


Dalam genggaman tangan kanan DAP beri madu. Kalau ada yang terpedaya, lekalah Melayu itu dalam kemanisan sementera madu DAP itu. 

Orang yang makan madu itu menunggu masa sahaja untuk ditikam DAP. Orang PAS yang sudah makan madu DAP di Penang sudah kena tikam. 

PAN jadi pisau DAP untuk merobek robek dan menikam PAS. Kini DAP dapat pisau baru untuk merobek robek UMNO, pisau itu adalah PPBM.

Dua pisau ini iaitu PAN dan PPBM sedang digunakan untuk memecah belah orang Melayu. Mahathir dan Wan Azizah adalah madu untuk menjerat dan mengumpan Melayu masuk dalam perangkap. 

Bila sudah terperangkap, madu sudah habis, pisau pun sudah berkarat. Roket DAP akan menembak habis Melayu yang terpedaya ini.

Sudah pun berlaku di Penang dan Perak. Apakah itu tidak mahu diambil sebagai iktibar oleh Melayu? 

No comments:

Post a Comment