Wednesday, 31 May 2017
51 JANJI DAP KEPADA RAKYAT DIMUNGKIRI DAN DICAPATI....
97% Janji Barisan Nasional kepada rakyat ditepati sementara itu 51 janji DAP dimungkiri & dicapati
Pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), janji atau manifesto dipersembahkan kepada rakyat sebagai akujanji parti untuk mendapatkan kepercayaan dan undi rakyat.
Semua parti akan buat manifesto dan janji. Namun bila sudah dapat undi, ada juga parti yang sanggup memungkiri janji kepada pengundi tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Sehingga 31 Mac 2017, Barisan Nasional (BN) sudah pun melunaskan 97% manifesto pilihanrayanya kepada rakyat. Sejumlah 4,844 atau 83% projek bernilai RM73.49 billion sudah yang dijanji dalam manifesto BN sudah dilaksanakan.
14% lagi merangkumi 804 projek bernilai RM255.17 billion adalah dalam fasa perlaksanaan. Bermakna sudah 97% janji manifesto BN sudah dilaksanakan dan ditepati.
Baki 3% lagi merangkumi 167 projek bernilai RM60.43 billion adalah dalam proses pra perlaksaan.
Pencapaian Manifesto BN ini adalah bertepatan dengan slogan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 'Janji Ditepati' selain 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Janji manifesto yang dilancarkan pada 6 April 2013, sudah 97% sudah ditunaikan.
Sejumlah RM19.33 billion pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberikan sejak 2012. Pada tahun 2016 sahaja, sejumlah 7.28 juta isi rumah mendapat mendapat BR1M bernilai RM5.36 billion.
6.2 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat meliputi penyediaan jalan sejauh 6,041.7 km, bekalan elektrik untuk 153,821 rumah luar bandar, bekalan air bersih untuk 350,094 rumah luar bandar dan sejumlah 94,605 rumah telah dibaik pulih di luar bandar.
Mass Rapid Transit (MRT) fasa pertama sudah pun disiapkan "below what was budgeted". Kalau ikut logik Rafizi, MRT ini pakatan pembangkang tidak mahu buat kerana duit itu menurut Rafizi mahu digunakan untuk subsidi minyak.
Logik ekonomi Rafizi, bila harga minyak turun maka harga barang akan turun. Ternyata setelah hampir 4 tahun berlalu selepas PRU13, logik ekonomi Rafizi ini adalah tidak tepat sama sekali.
BN juga menunaikan janji untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM27 bilion dengan jarak 1,633km di kedua-dua negeri itu sedang disiapkan. Ini bukti BN serius dengan janji yang diberikan kepada rakyat.
Tidak seperti sebuah negeri yang sudah ditadbir oleh rejim DAP selama dua penggal sejak 2008.
Kerajaan DAP dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng, ada membuat janji kira-kira 51 projek di seluruh Pulau Pinang. Ada pernah dengar Guan Eng bentang laporan "progress" 51 projek ini?
Guan Eng tidak berani buat sebagaimana yang dibuat Dato Seri Najib dalam pembentangan laporan National Transformation Program, NTP. Jika berpegang pada konsep CAT, Competency, Accountability and Transparency maka Guan Eng kena berani bentang laporan 51 projek ini.
Pada 23 Mei 2017, Datuk Muhammad Farid Saad, Adun BN Pulau Betong mempersoalkan 51 projek yang dijanjikan DAP ini.
Antara 51 projek itu adalah ;
1) Projek Aerobus yang hubungkan bahagian pulau dengan Seberang Perai pada 2008,
2) Projek Kereta Api Bawah Tanah
3) Projek sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar
4) Projek pembinaan tasik buaya
5) Projek tebatan banjir di Pulau Pinang
6) Projek banteras tempat letak kereta haram
7) Usaha mengekal surcaj air
8) Projek mengekalkan perlindungan hutan di Pulau Jerjak
9) Projek kawasan khas taman botani
10) Projek pelaburan Blackberry
11) Projek The Light Penang Waterfront Convention Center
12) Projek pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik di Bandar Cassia
13) Projek mewartakan rancangan kawasan khas Bukit Bendera
14) Projek pembinaan sistem aliran transit ringan (LRT)
15) Projek pasar malam Chow Rasta
16) Projek mengatasi kesesakan lalulintas
Ini adalah antara 16 projek dari 51 projek yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan DAP Penang. Semuanya telah dimungkiri dan dicapatikan oleh DAP.
Janji DAP untuk membina sebuah hospital Islam berkonsepkan wakaf di bawah Yayasan Islam Pulau Pinang juga tidak kedengaran apa kesudahannya sampai ke hari ini. Apa yang kedengaran adalah Guan Eng sibuk menjual tanah di Penang tanpa tender terbuka untuk projek hospital swasta yang mewah.
Apa yang DAP buat selama dua penggal di Penang? Tanah Penang habis dijual, nilai keseluruhannya hampir RM16 billion. Projek yang dijanji tidak dilaksana pun pada rakyat.
Guan Eng membentangkan manifesto untuk PRU13 pada 15 April 2013. Janji itu tinggal janji sahajalah. Dalam manifesto rakyat DAP pada PRU13, tertulis "caj air yang lebih rendah" tetapi kita surcaj air naik 4 kali di Penang.
BN sudah laksanakan 97% janji projeknya kepada rakyat. 4,844 sudah dilaksana dan 804 lagi sedang dilaksanakan mengikut apa yang dijanji dalam akujanji manifesto BN. DAP baru berjanji 51 projek sahaja di Penang, itu pun mereka sudah mungkirinya.
Memalukan sungguh bila Exco DAP Penang,
Chow Kon Yeow menyalahkan BN kerana gagal menunaikan janji 51 projek ini. Bukan BN yang sabotaj, DAP sendiri yang terbukti gagal. Bukan BN yang suruh Guan Eng beli rumah banglo, Guan Eng yang beli sendiri.
Biarpun tidak memerintah kerajaan negeri Penang, kerajaan pusat BN tetap melaksanakan 209 projek bernilai RM2 billion kepada rakyat Penang. DAP janji 51 projek sahaja, jumlahnya suku sahaja dari jumlah projek kerajaan BN. Itu pun DAP tidak boleh buat.
DAP pandai laksana projek untuk kroninya sahaja. Rakyat Penang mesti ingat lagi manifesto mudah DAP pada 2008 iaitu "Just Change". 33 perkara kecil dalam manifesto ini, tidak pun ditunaikan DAP.
PRU14 adalah detik terbaik untuk mengajar rejim DAP ini, ubah sahajalah. Jangan teragak agak lagi. Serik seriklah percaya janji DAP. "Penangnite can do better without DAP".
#PiMana16Billion
#16billionHilangPiMana
#GuanEngKakiGadaiTanah
No comments:
Post a Comment