Tuesday, 16 May 2017
RM175 Bilion Pelaburan, Bukti Negara China Terus Percayai Najib...
Semalam, Malaysia dan China telah menandatangani sembilan lagi memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM31.26 bilion melibatkan syarikat-syarikat bagi kedua-dua negara. MoU itu dimeterai dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara berkenaan.
Sebelum ini, pada November 2016, Malaysia dan China telah memeterai 14 perjanjian bernilai RM144 bilion dan ia dilakukan ketika Najib melawat negara berkenaan. Jumlah tersebut menandakan pelaburan terbesar pernah dilakukan Najib semasa lawatan rasminya ke luar negara.
Berdasarkan kedua-dua perjanjian yang ditandatangani itu, setakat ini, jumlah pelaburan China di Malaysia adalah RM175 bilion dan ia merupakan satu pencapaian bersejarah kepada Malaysia dan Najib khususnya.
Kenapa bersejarah? Selain pelaburan yang besar, ia juga dicapai tatkala Najib dituduh kononnya menjual negara. Jika dalam lawatan pertama pada tahun lepas, Najib dituduh sedemikian rupa maka kali ini nampaknya sekali lagi mungkin Najib akan dituduh menjual negara lagi.
Itulah yang diperkatakan oleh pembangkang sebelum ini. Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam kenyataannya beberapa hari lalu di MalaysiaKini telah menyatakan bahawa China masih berwaspada dengan Malaysia.
Nah, sekarang semuanya susah terbentang di depan mata. Bukan pelik jika syarikat China melabur di Malaysia kerana China adalah kuasa besar ekonomi di dunia maka kerjasama antara dua negara ini bakal melonjakkan lagi ekonomi Malaysia.
Apa yang penting, dalam dua lawatan yang dilakukan oleh Najib ini, Malaysia dan China telah menandatangani perjanjian yang membawa pelaburan yang cukup besar kepada Malaysia. Mungkin sebab itu pembangkang tidak berpuas hati.
Sedangkan hakikatnya mereka sendiri memang mengharapkan China melabur di tempat mereka kerana bukan sahaja duit akan masuk malah pemindahan teknologi daripada syarikat-syarikat China ke negara ini memberikan impak yang besar kepada pembangunan ekonomi.
Jadi persetankan semua kata-kata buruk daripada pembangkang termasuk daripada Mahathir yang pernah menyatakan perjanjian dimeterai Najib dengan China sebelum ini mungkin menggugat kedaulatan Malaysia.
Mahathir membuat tuduhan berkenaan ketika perjanjian pertama ditandatangani dan kali ini, kita boleh menjangkakan serangan kali kedua akan dilakukan oleh pembangkang terhadap pentadbiran Najib.
Sesuatu yang menarik mengenai China ialah layanan baik daripada negara berkenaan terhadap Malaysia adalah disebabkan oleh hubungan yang terjalin sekian lama antara kedua-dua negara.
"Hubungan baik itu pasti meletakkan Malaysia di kedudukan yang lebih baik untuk mendapatkan layanan istimewa dari China,'' kata pakar dasar luar negara dari Universiti Renmin, Cheng Xiaohe.
Maka tidak perlulah kita menaruh syak wasangka terhadap hubungan yang terjalin antara Malaysia dan China. Tindakan pembangkang mempertikai apa sahaja bentuk pelaburan ke negara ini adalah satu tindakan tidak patriotik.
No comments:
Post a Comment