Sunday 11 December 2011

GEMPAR !!! AMARAN KERAS WIRA PERKASA MALAYSIA TERHADAP MCA !!!


Perkasa melalui sayap Wiranya memberi amaran kepada Chua Soi Lek dengan kenyataan yang di bangkitkan oleh Presiden MCA itu berhubung dengan Hukum Hudud.

“WIRA Perkasa memberi Amaran Keras Kepada Chua Soi Lek dan MCA serta semua pemimpin pemimpin bukan Islam supaya berhenti daripada mempertikaikan Isu Hudud” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Wira Perkasa sebentar tadi.

“Biar Hudud di tentukan oleh orang Islam Sendiri, jangan masuk campur urusan agama Islam, MCA jaga kaum kamu, dalam masa yang sama kita sebagai Tuan di Negara ini tidak pernah mempertikaikan agama-agama mereka”.

Chua Soi Lek melalui petikan akhbar The Star dikatakan telah menghina hukum Agama Islam dengan mengatakan Hukum Allah S.W.T ini (Hudud) adalah mundur dan akan menakutkan pelabur asing untuk berdagang di Malaysia.

“Tolong jangan campur urusan agama Islam, jangan kamu Chua Soi Lek “menjadi duri dalam daging”, “Gunting dalam lipatan”, Parti MCA ini telah gagal pada PRU yang ke 12 tempoh hari, sepatutnya kembalikan kepercayaan kaum kamu”, Kta Irwan Fahmi lagi.

Irwan juga turut menyatakan “Kepimpian Wira mencabar MCA tunjukkan kekuatan kamu, bukan membuat statement tentang agama Islam” dan memberi amaran kepada semua pemimpin yang bukan beragama Islam agar tidak mencampuri urusan Agama Islam.

Irwan juga memberi peringatan bahawa Perkasa kini mempunyai pengundi pengundi dipelusuk Negara, Kita akan pastikan calon calon yang mengguris perasaan orang Islam akan tumbang pada PRU yang akan datang nanti.



Psssttt... CSL elok lah perbetul diri dan parti dulu... tak payah sibuk benda lain yang bukan hak kamu !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??