Wednesday 7 December 2011

PANAS !!! WALAU DALAM KUBUR PON TOK GUNDU NAK JADI MB !!!



Mahukah Rakyat Kelantan Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik???




Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut. Dan ini kata Tun M;

"Eloklah dia bersara, saya sendiri telah bersara dan dia lebih lama daripada saya,"

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di sini hari ini.

Tun mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan yang mengulangi hasrat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang biarpun telah menjadi wakil rakyat kira-kira 40 tahun. Nik Aziz menyatakan mahu terus melawan UMNO yang didakwa telah memecahbelahkan rakyat. Menteri Besar Kelantan juga mendakwa bahawa keputusan itu dibuat kerana beliau telah banyak membawa pembangunan dan kemakmuran di Kelantan. Dalam pada itu, kata Tun M, kenyataan Nik Aziz tersebut menunjukkan pemimpin utama Pas tersebut sangat membenci UMNO. Dengan sinis Tun M meluahkan kata-kata berikut.

"Bagi dia (Nik Aziz) lebih baik Karpal Singh (Pengerusi DAP) daripada UMNO. Itulah Nik Aziz,"

Tun M adalah seorang idola pemimpin yang boleh dibanggakan. Teringat lebih 10 tahun dulu Nik Aziz penah mengeluarkan kata-kata berikut di Kota Bharu;

"Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan."

10 tahun telah berlalu nampaknya Nik Aziz masih lagi di takuk yang sama. Di kedudukan yang sama dan di taraf Kelantan yang sama, mungkin buruk sikit tetapi bertambah kaya cuma disorokkan dari penganut-penganut taksubnya.

Aku setuju kenyataan Tun M itu, Nik Aziz sudah terlalu lama dan tua juga. Kita mahukan Kelantan dipimpin oleh pemimpin yang efficient dan kita tidak mengharapkan ada mana-mana MB yang memimpin negeri-negeri di Malaysia yang nyanyuk. Dengarnya Azizan (MB Kedah) yang sering sakit-sakit juga mahu melepaskan jawatan.

Jika Kelantan masih dibawah Nik Aziz, rakyat Kelantan hanya akan mendapat air bersih lagi 17 tahun. Mungin berharap penduduk Kelantan akan lupa berkaitan hal air bersih ini sepertimana Nik Aziz dalam cubaannya membuatkan rakyat lupa kes khalwat Mat Sabu.

Munafiknya Nik Aziz.

Keengganan Nik Aziz melepaskan jawatan dan kuasa dunia menampakkan belang beliau. Masih tak nampak kah rakyat Kelantan ketamakan yang didamba oleh MB anda itu? Bukankah lebih baik diumur yang bukan sahaja senja tetapi dah malam, sepatutnya Nik Aziz bukan lagi mengejar harta, nama dan kekuasaan duniawi. Tun M yang lebih muda dari Nik Aziz juga telah melepaskan jawatan kerana Tun M tidak setamak Nik Aziz.

Apakah rakyat Kelantan mahu terus berada didalam kemunduran ekonomi berterusan? Apakah hanya kemajuan patung Buddha yang diingini oleh rakyat Kelantan semata-mata? Apakah rakyat Kelantan mahu terus hidup dengan penipuan demi penipuan PAS?

Hanya rakyat Kelantan yang dapat mengubah nasib dan taraf hidup mereka. Kuasa di tangan anda. Ubah Kelantan demi masa depan anda dan anak cucu anda !!!


Sumber : KGC

Pssstttt.... Tok Gundu nak bawak kuasa dunia sampai lubang kubor...!!!!

3 comments:

  1. Salam Tuan,
    Mohon izin utk linkkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya linkkn di blog saya. Moga kita dpt bertukar2 maklumat. Terima kasih. Selamat berjuang.

    # Link blog saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. w'salam IBM. terima kasih sahabat. blog anda telah sy masukkan ke dalam library list saya.

    Salam perjuangan dr I4TT team!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tuan.

    Salam perjuangan kembali....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??