DEMO Kelate- Majlis Tindakan Rakyat Kelantan beri N.Ajis 2 bulan
Dianggarkan lebih 300-400 orang hadir pada perhimpunan ini yang bermula pada pulul 2.30 petang dan bersurai pada pukul 3.30. Memorandum diserahkan bagi Kerajaan Negeri (PAS) untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi rakyat Kelantan yang dilihat semakin parah.
Pada awalnya pihak Presiden MTRK dan Setiausaha Negeri PERKASA iaitu Hj.Sharif Hj Mahmood ingin menyampaikan sendiri memorandum kepada Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi seperti biasa, Nik Aziz tiada disana. Oleh itu, Penasihat Khas Menteri Besar iaitu En. Zawawi bin Muhammad tampil untuk menerima memorandum tersebut.
Mereka memberikan tempoh 2 bulan untuk Nik Aziz kemukakan pelan penyelesaian masalah ini. Untuk rekod, Nik Aziz ada berjanji baru-baru ini untu menyelesaikan masalah air di Kelantan pada 2027.
Ini adalah peringkat awal bagi kebangkitan rakyat Kelantan terhadap Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan PAS dan episod perhimpunan aman dan matang yang lebih besar akan menyusul lagi nanti.
Rakyat Kelantan kini sudah semakin pandai dalam penilaian mereka dan mereka juga sudah celik mata. Mereka telah mula terhimpit dengan kebosanan dalam hidup dan tidak tertanggung lagi dengan penipuan demi penipuan PAS !!!
Dibawah antara gambar-gambar sepanjang himpunan aman ketidak puasan hati rakyat Kelantan;
Kerajaan PAS Kelantan GAGAL !!!
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri " - Surah Ar-Ra’d (ayat 11)
Sumber : KGC
Psssstttt.... bravo rakyat Kelantan...!!!
No comments:
Post a Comment