Thursday 5 January 2012

GEMPAR !!! NIK AZIZ TIPU RAKYAT KELANTAN !!! KEBANGKITAN KELANTAN MAHU BERUBAH !!!

DEMO Kelate- Majlis Tindakan Rakyat Kelantan beri N.Ajis 2 bulan

DEMO Kelate- Majlis Tindakan Rakyat Kelantan beri N.Ajis 2 bulan

Satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh pertubuhan PERKASA dan MTRK (Majlis Tindakan Rakyat Kelantan) pada 4/1/2012 di hadapan bangunan SUK Kota Darul Naim bagi menyampaikan Memorandum Ketidakpuasan Hati Rakyat Kelantan terhadap kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS yang memerintah selama 21 tahun.

Dianggarkan lebih 300-400 orang hadir pada perhimpunan ini yang bermula pada pulul 2.30 petang dan bersurai pada pukul 3.30. Memorandum diserahkan bagi Kerajaan Negeri (PAS) untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi rakyat Kelantan yang dilihat semakin parah.

Pada awalnya pihak Presiden MTRK dan Setiausaha Negeri PERKASA iaitu Hj.Sharif Hj Mahmood ingin menyampaikan sendiri memorandum kepada Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi seperti biasa, Nik Aziz tiada disana. Oleh itu, Penasihat Khas Menteri Besar iaitu En. Zawawi bin Muhammad tampil untuk menerima memorandum tersebut.

Mereka memberikan tempoh 2 bulan untuk Nik Aziz kemukakan pelan penyelesaian masalah ini. Untuk rekod, Nik Aziz ada berjanji baru-baru ini untu menyelesaikan masalah air di Kelantan pada 2027.

Ini adalah peringkat awal bagi kebangkitan rakyat Kelantan terhadap Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan PAS dan episod perhimpunan aman dan matang yang lebih besar akan menyusul lagi nanti.

Rakyat Kelantan kini sudah semakin pandai dalam penilaian mereka dan mereka juga sudah celik mata. Mereka telah mula terhimpit dengan kebosanan dalam hidup dan tidak tertanggung lagi dengan penipuan demi penipuan PAS !!!

Dibawah antara gambar-gambar sepanjang himpunan aman ketidak puasan hati rakyat Kelantan;





Dibawah ini pula rakaman video himpunan aman berkenaan;


Kebangkitan rakyat kelantan demi masa depan mereka dan anak cucu untuk kehidupan yang lebih baik !!! Rakyat Kelantan sedar dan mahu keluar dari belenggu kemunduran dan kedaifan !!!

Kerajaan PAS Kelantan GAGAL !!!

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri " - Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

Sumber : KGC


Psssstttt.... bravo rakyat Kelantan...!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??