Friday 1 June 2012

PANAS !!! WAJIB BACA !!! PAS - DAP - PKR BERCAKARAN BEREBUT JAWATAN PM !!!



Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.


Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.


Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.


Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR.


Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.


Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.


Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.


Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.


Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.


Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali.


Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.


Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.


PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.


Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.


Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.


PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar, lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya, hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.


Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.


Akhirnya kata Tunku Aziz lagi, negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar, malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi. 


Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.


Pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun.


Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing.


Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan, dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.


Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'.


Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM, rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??