Thursday 28 June 2012

VIDEO WAJIB TONTON !!! REFORMASI YANG LEBIH DASYAT DARI DARI 13 MEI 1969 !!! INI KAH YANG KITA MAHU ?!!



(gambar lain di edisi English)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia, Noor Syamsuddin Chatib, "reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu, bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk memberi pendapat, bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh negara".


Luahnya lagi, reformasi 1998 di Indonesia telah mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang seterusnya menjejaskan program pembangunan negara. 

Kewujudan kerajaan pusat yang lemah juga diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan pula mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut.

Terdapat logik di sebalik kata-kata beliau yang diucapkan pada 28 Februari 2012 itu. 

Sejarah reformasi Indonesia 1998 yang dimulakan oleh gerakan jalanan mahasiswa Indonesia terbukti menyebabkan banyak pelaburan dari luar terhenti disebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.

Walaupun selepas kejatuhan Suharto, program pembangunan ekonomi Indonesia masih gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh pemimpinnya yang turun naik bersilih ganti dalam jangka masa beberapa tahun selepas itu.

Manakala ramai golongan peniaga yang terdiri dari kaum Cina Indonesia pula masih ramai yang bermastautin di luar negara gara-gara bimbang peristiwa pembantaian dan keganasan terhadap orang Cina atau Tionghoa pada Mei 1998 berulang kembali.

Dalam pada itu, kekecewaan Noor Shamsudin itu turut dikongsi oleh para mahasiswa Indonesia apabila pada 22 Mei 2012 lepas sekumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Pembebasan Jabar juga meluahkan nada kekecewaan yang hampir sama.

Menurut mereka, "masalah KKN di Indonesia masih bermaharajalela. Lebih parah lagi, banyak kes KKN yang sudah di bawa ke mahkamah tapi tidak dapat diselesaikan sebaiknya. Ini salah satu bukti kegagalan reformasi".

Jika pada 14 tahun lalu rakan-rakan mereka berbangga seketika kerana berjaya menjatuhkan sebuah pemerintahan secara kekuatan jalanan yang meragut banyak nyawa. 

Kini mereka berdemonstrasi lagi tapi bukannya untuk meraikan kejayaan 14 tahun lalu, sebaliknya untuk menunjukkan rasa tidak puas hati di atas kekecewaan lampau.

Akhirnya, nyawa-nyawa yang melayang dalam pelbagai peristiwa semasa dan selepas reformasi 1998 di Indonesia menjadi sia-sia begitu sahaja. 

Sekali lagi terbukti, kekerasan dan keganasan jalanan tidak pernah merealisasikan perubahan yang lebih baik.

Justeru, kita di Malaysia harus cepat membuka mata dan peka dengan apa yang berlaku di seberang supaya kegagalan di sana tidak berlaku di sini.

Terbukti, reformasi yang diceduk dari Indonesia yang memberi aspirasi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim amat tidak sesuai untuk dibiakkan di Malaysia.

Dan yang paling penting, sebagai rakyat yang rasional kita perlu mengutamakan keharmonian kaum agar pembunuhan beramai-ramai yang terjadi di Indonesia akibat rasa tidak puashati orang Melayu kerana perbezaan pendapat sesama mereka tidak merebak ke sini suatu hari nanti.

Ini satu video yang wajib kita lihat dan ambil ikhtibar dari sejarah lampau di seberang yang mana rasanya lebih dasyat dari 13 Mei 1969.


Syukur di tahun 1998, Malaysia tidak jadi sebegini teruk. Jika tidak, pasti Malaysia akan jadi seperti Indonesia yang masih terikat dengan hutang "ah-long" antarabangsa !!!

Renung-renungkan... dan fikir-fikirkan...!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??