Thursday 16 August 2012

GUAN ENG DISAYANGI PEMAJU - RAKYAT TAK SABAR NAK TENDANG LGE BALIK KE MELAKA !!!


Faktor cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13 berakhir. 

Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.

Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.

Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar. 

Paling ketara, sejak perhimpunan Bersih 3.0 April lepas berakhir dengan keganasan dan rusuhan. 

Orang cina semakin sedar bahawa DAP membiarkan parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadinya semata-mata.

Satu perkara lain yang tidak kurang penting, selama hari ini, rakyat sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan, keterbukaan dan seumpama dengannya yang didakwa diamalkan DAP. 

Penubuhan jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency) di peringkat DUN sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, seakan-akan membuktikan kebenaran tanggapan itu.

Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini berkuasa. 

Sepanjang 4 tahun ini, tidak banyak yang boleh disebut tentang ketelusan dan keterbukaan DAP. 

Sebaliknya yang berlaku, Ketua Menterinya sedang mencapai tahap dictator, sebarang kritikan (walaupun kecil), akan diugut dengan saman.

DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan baik. 

Terang dan jelas, keutamaan diberikan sepenuhnya kepada orang cina sementara orang Melayu dipinggirkan. 

Satu kajian pada 2011 menunjukkan, jumlah orang Melayu di bahagian pulau menyusut sebanyak 70% sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak senang dengan pendekatan ini kerana ia seolah-olah ‘mencuri’ pelanggan mereka. 

Umun tahu bahawa orang Melayu adalah kuasa pengguna terbesar di Pulau Pinang, sementara orang cina mengawal bidang perniagaan.

Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang Melayu dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka berpindah ke tanah besar. 

Inilah juga sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh lebih mahal dari harga hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. 

Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini, DAP gagal melaksanakan satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Mana ada untung beli tanah mahal-mahal, selepas itu bina rumah kos rendah ???

Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu yang dibeli, malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos rendah pada zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibina sebuah hospital swasta. 

Hakikatnya, hospital swasta itu belum pun mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah, sudah dinafikan Guan Eng.

Terbaru, Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng gagal menamakan Pengerusi Lembaga Tender Negeri yang baru seterusnya menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP yang dilantik menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara langsung dalam Lembaga itu. 

Jika itu benar, tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi kebencian rakyat dalam masa yang sama.

Selain dari itu, rakyat melihat sendiri susunan kegagalan Guan Eng dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji pilihanraya 2008. 

Masalah kesesakan jalan raya yang dijanjikan parti tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan sehingga sekarang, malah bertambah teruk. 

Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu demonstrasi yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang dan banyak lagi sebenarnya kalau nak disebutkan disini.

Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN negeri kepada Setiausaha Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow.

Rakyat makin sedar, apa pun yang buruk dicakapkan DAP mengenai pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak pernah meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah.

Maka itu, biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan mimpi-mimpi indahnya, sementara rakyat dibawah menanti sahaja masa untuk menghumbankan anak kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini pulang ke tempat dimana dia sepatutnya berada.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??