Tuesday 21 August 2012

YAB PM @NajibRazak AKAN SERTAI PAS ?!! MAT SABUN DAN NURUL IZAH PULA BERHASRAT SERTAI BN ?!!


Pemimpin dan anggota PAS dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. 

Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas, selepas pulang dari Makkah, Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau PAS kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Sehari sebelum itu, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut.

- BERNAMA -

Nampaknya akan semakin ramai alim ulama' yang akan meninggalkan PAS dan semakin ramai artis tak laku yang akan sertai PAS.

Gaya politik PAS nampaknya melalui proses transformasi juga tetapi transformasi negatif yang amat jauh berbeza dengan transformasi BN cetusan minda YAB PM kita.

Jika Nasharudin bertemu PM dan bergambar dikatakan beliau akan sertai BN, yang pelik tidak pula mereka katakan Najib nak sertai PAS.

Nampaknya, mereka sesama PAS pun tidak mempercayai satu sama lain.

Ini jelas membuktikan bahawa pemimpin dari BN adalah lebih berpendirian dari pemimpin dari pakatan pembangkang terutama PAS !!!

Bagaimana pula Mat Sabu dan Nurul Izzah yang menemui Ku Li dipejabatnya ???

Apakah Mat Sabu dan Nurul Izzah akan mengikut Ku Li sertai BN ???

Kes ni, tunggu pendedahan lanjut I4TT..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??