Monday, 22 October 2012

KISAH BENAR - FACEBOOK PUNCA MAKSIAT DAN KERUNTUHAN RUMAH TANGGA !!!


Salam subuh to all...

Sebelum ini I4TT pernah dedahkan tentang FB punca segala maksiat.

Yang terlepas entri lepas boleh baca di SINI.

Subuh ni, I4TT nak kongsikan kisah benar yang telah terjadi dalam masyarakat kita ni dalam Malaysia.

Kejadian ini berlaku di Jempol.

Sesungguhnya, FB ni kalau tidak digunakan sebaiknya maka akan menjadi punca maksiat, keruntuhan moral dan juga robohnya masjid !!!


Seorang pengusaha gerai makanan bimbang selepas isteri bersama seorang anaknya yang berusia tiga tahun dikatakan menghilangkan diri dari rumah sejak empat hari lalu gara-gara mengikut seorang lelaki yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.

Mohd. Salleh Hussin, 54, mendakwa, isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28, bersama anak bongsu mereka, Nur Alia Nadira, 3, tidak pulang ke rumah di Felda Lui Selatan dekat sini selepas keluar ke pekan Bahau pada Isnin lalu atas alasan untuk membaiki komputer riba.

“Saya jadi bimbang apabila isteri dan anak saya tidak balik ke rumah selepas itu, malah panggilan telefon juga tidak dijawab sampai sekarang,” katanya di sini semalam.

Lebih mengejutkan Mohd. Salleh, dia hanya menyedari dompetnya yang mengandungi kad mesin teler automatik (ATM) lesap pada Selasa lalu sebelum mendapati wang sebanyak RM5,000 dalam akaun bank telah dikeluarkan.

“Saya tidak tahu kenapa dia sanggup meninggalkan saya, kami tidak berselisih faham,” katanya.

Mohd. Salleh bercerai kira-kira 10 tahun lalu sebelum berkahwin dengan Nik Rosmalina pada tujuh tahun lepas.

Sumber : MI

Untuk pengetahuan readers semua, perkara seumpama ini bukanlah baru dalam masyarakat kita.

Malah I4TT sendiri pernah melihat keruntuhan rumah tangga sahabat rapat yang terjadi akibat FB ni di depan mata sendiri.

Jadi, ambil lah iktibar dari pengalaman kawan-kawan kita dan berita-berita yang kita baca.

Berita-berita sebegini bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Selebihnya... Tepuk sejadah... Tanyalah iman...


No comments:

Post a Comment