Friday, 2 November 2012

JENAYAH LICIK - PAKATAN HARAM DI SELANGOR WAJAR DISAMAN !!!


Salam semua...

Hari ni, I4TT nak bantu Pakatan Haram dalam mempromosikan manifesto PRU-12.

Dalam Pru-12 (308), Pakatan Haram telah memenangi sebuah negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor.

Kemenangan tersebut pasti ada sebabnya tersendiri.

Seperti diketahui umum, Pakatan Haram tidak punya sebarang 'track-record' dalam mentadbir negeri kecuali Kelantan sahaja yang mana ditadbir oleh PAS untuk satu tempoh yang agak panjang.

Namun begitu, biarpun telah 22 tahun memerintah di Kelantan, PAS sebagai salah satu komponen Pakatan Haram tidak menunjukkan sebarang progresif positif mentadbir Kelantan sebaliknya hanyalah kejayaan memundurkan negeri.

Jadi, atas sebab apa Pakatan Haram dapat 'menjajah' Selangor ???

Semestinyalah kerana mulut manis berbisa Pakatan Haram telah menawan hati rakyat Selangor.

Sebagai contohnya 12 janji ini.


Itulah janji-janji dan manifesto Pakatan Haram sebelum memenangi Selangor semasa Pru-12.

Adakah janji-janji berkenaan telah ditepati ???

12 janji ini mensasarkan kepada pelbagai golongan di Selangor, namun tiada satu pun tertunai sedang rakyat mengharap setiap janji-janji ini ditunaikan.

Oleh itu, I4TT berpendapat bahawa rakyat Selangor perlu mengambil tindakan.

Jika nak mengharapkan tindakan dari Pakatan Haram Selangor, sampai mampos lah tidak akan dapat dipenuhi.

Suka untuk I4TT mencadangkan kepada semua rakyat Selangor yang mana terangkum dalam sasaran ditipu oleh Pakatan Haram ini untuk bersatu dan ambil tindakan.

Mulakan dengan menyaman Pakatan Haram Selangor ni dan tuntut gantirugi sepanjang 4 tahun setengah Pakatan Haram ini memerintah di Selangor.

Kepada ibu bapa yang punya anak yang lahir selepas PRU-12 hingga hari ini, buatlah tuntutan anda sekarang dan pastikan korang dapat seperti yang dijanjikan.

Bagi pasangan bekerja yang menhantar anak ke nurseri dan pendidikan pra-sekolah, sila buat tuntutan ganti rugi.

Saman je puak Pakatan Haram ni, supaya ini juga jadi pengajaran kepada mereka supaya tidak sewenang-wenangnya menipu rakyat dengan janji manis yang sekadar angan-angan dan retorik semata-mata.

Begitu juga kepada golongan ibu tunggal yang telah dipermainkan Pakatan Haram konon untuk membantu dengan elaun.

Entri ni akan jadi teramat panjang kalau I4TT nak ulas satu-satu.

Oleh itu, dipendekkan cerita kepada sesiapa yang terlibat dan layak menerima bantuan seperti yang disebut dalam 12 janji ni, ambillah tindakan segera sebelum PRU-13.

Tuntut segala elaun yang dijanjikan kepada korang biarpun 1 sen.

Sekiranya hanya dengan tindakan saman ini, korang boleh dapat hak korang, jadi lakukan segera.

Pengguna air di Selangor yang mana telah sedar dari tidur yang panjang, sudah memulakan langkah.

Jadi, ini masa terbaik untuk rakyat mengajar si penipu-penipu ini agar tidak memanipulasi rakyat dengan janji-janji manis.

Rakyat bukanlah golongan yang boleh diberikan gula-gula politik.

Rakyatlah sebenarnya golongan yang memberikan mandat kepada Pakatan Haram dan rakyat jugalah yang telah membantu Pakatan Haram menjajah Selangor.

Mungkin masa tu mereka terfikir untuk mencuba bagaimana jika Pakatan Haram pula memerintah dan mereka terpesona dengan janji dan manifesto Pakatan Haram.

Setelah hakikat diketahui, sewajarnya rakyat ambil tindakan ke atas jenayah penipuan licik Pakatan Haram.

Tunggu apa lagi ???

Mulakan langkah korang sekarang !!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??