Thursday, 21 February 2013

BILA RAKYAT "DIBINATANGKAN" NIK AJIZ - APA KATA MEREKA ?!!



“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.”


Begitulah ungkapan kata-kata dari seorang yang mendakwa dirinya Ulama dan merupakan seorang Mursyidul AM PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Kenyataan Nik Aziz tersebut jelas menyamakan semua penerima BR1M umpama haiwan dan mengibaratkan wang bantuan BR1M umpama makanan haiwan.

Nik Aziz amat sinonim dengan kata-kata kurang manis yang mana hampir setiap kali mengeluarkan kenyataan, kata-katanya merupakan satu bentuk penghinaan yang tidak sepatutnya keluar dari seorang yang warak dan beragama.

Ketika jutaan rakyat Malaysia beroleh nikmat bantuan BR1M dari Kerajaan Pusat, kata-kata berkenaan dihamburkan Nik Aziz.

Kemudiannya, PAS juga yang mensyaratkan kepada ahli-ahlinya yang menerima BR1M untuk (wajib) menyumbangkan pula wang BR1M yang diterima itu kepada parti PAS untuk dana PRU-13.

Adakah PAS itu sebuah parti politik haiwan ?

Bukankah ibarat meludah kelangit dan jatuhnya ludah itu ke muka sendiri ?

Hamburan kata-kata tersebut amat mengguris hati sebahagian besar penerima BR1M yang beragama Islam dan merasa amat tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang Tok Guru.

Dalam pada PAS cuba ‘mengambil hati’ warga FELDA, terlupakah Nik Aziz bahawa sebahagian warga FELDA juga adalah penerima BR1M dan lain-lain bantuan dari Kerajaan Pusat ?

Warga FELDA yang tersinggung dengan kenyataan terbaru Nik Aziz meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang yang beragama, alim dan warak tetapi kata-katanya pula tidak mencerminkan keperibadian fizikal yang ditunjukkan.

Penulis amat bersetuju dengan pendapat mereka tersebut.

Nik Aziz sebagai seorang yang digelar Ulama, Tok Guru dan Mursyidul Am PAS sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada umat Islam yang lain kerana pengikut-pengikutnya telah mengangkat martabatnya di peringkat tertinggi biarpun tanpa tauliah yang diiktiraf.

Peranan Ulama bukan sahaja ditunjukkan dari cara berserban dan berjubah, tetapi harus diadaptasi dengan kelakuan yang berakhlak dan sentiasa menjaga kata-kata selari dengan ajaran Islam yang sebenar.

Tetapi, jika Nik Aziz sekadar menyamakan insan lain (penerima BR1M) sebagai haiwan, ianya tidak menghairankan kerana Nik Aziz juga cukup kontroversi dengan kenyataannya yang menyamakan Baginda Rasulullah s.a.w. sebagai seorang ‘mamat kampung biasa’.

Sebagai ‘Ulama Politik’, pendekatan tersebut (kenyataan menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan) tidak menyumbang kepada kebaikan parti.

Sepatutnya, Nik Aziz perlu menggerakkan satu tindakan untuk membantu ekonomi rakyat terutamanya di Kelantan supaya rakyat dan penyokongnya benar-benar dapat memandang tinggi kearahnya dan bukannya dengan hamburan kata-kata menghina sedemikian.

Kata-kata hinaan hanya akan menambahkan rasa ‘meluat’ dan ‘menyampah’ rakyat terhadap permainan politik sempit Nik Aziz.

Janganlah kerana tidak mampu memberikan bantuan dan kesenangan kepada rakyat maka rakyat yang menerima bantuan Kerajaan Pusat pula dihina dan ditohmah.

Bukan niat penulis untuk ‘menyekolahkan’ Nik Aziz tetapi sekadar pandangan ikhlas dari seorang Islam kepada Islam yang lain.

Tidak salah jika kita sesama Islam saling ingat-mengingati kerana sesungguhnya ianya amat dituntut didalam Islam dan bukannya dengan menghina dan mentohmah.

Sumber : www.feldavoice.com


1 comment:

  1. Jauh terpesong....tuan hamba ni. Bukankah itu hanya perumpamaan?

    ReplyDelete