Thursday 21 February 2013

BN PERTARUHKAN ULAMA - PR PERTARUHKAN ARTIS TAK LAKU !!!



Akhir-akhir ini, UMNO begitu giat mendekati golongan Ulama selain mengadakan program-program berunsur agama termasuk yang melibatkan Ulama tersohor dari luar negara.   


‘Pembaharuan’ yang dibuat oleh UMNO ini membuktikan betapa UMNO serius dalam memperbaiki diri serta mengambil berat tanggungjawabnya mempertahankan kesucian agama Islam, kesejahteraan Umat Melayu serta sebagai ‘pengawal benteng’ kedudukan Melayu dan Islam iaitu Institusi Raja-raja Melayu.

Walaupun begitu, UMNO tidak pernah mempergunakan agama untuk kepentingan politik.   

Tetapi, di masa yang sama UMNO sentiasa meminta pandangan dan mengalu-alukan penyertaan agamawan bagi memperkukuhkan ‘keperibadian’ UMNO itu sendiri.   

Malah, kini desas desus bahawa UMNO bakal menyenaraikan beberapa Ulama sebagai calon PRU-13 semakin kuat kedengaran.

Antara yang disebut-sebut adalah beberapa personaliti yang cukup dikenali di dalam Ulama Muda UMNO (ILMU), termasuk Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

ILMU menampilkan golongan agamawan yang membawa pendekatan professional dalam berdakwah iaitu dengan membawa hujah-hujah akademik dan seruan ke arah perpaduan dan kemajuan bagi membawa ummah ke arah budaya yang canggih agar lebih relevan dengan dunia hari ini.

Namun, di masa yang sama kita sedar bahawa pendekatan sebegini nampaknya masih sukar untuk menarik minat segolongan besar masyarakat Islam yang sudah terlalu asyik dengan pendekatan dakwah ringan, remeh dan cetek iaitu, secara bidas, sindir, umpat, kutuk dan cela di mana pada dasarnya mengajak kepada perpepecahan, selain mengingkari ajaran Islam yang melarang kita mengambil alih kerja Allah SWT untuk menghukum dan menilai manusia lain.

Oleh itu, tinggilah harapan kita sekiranya ada di antara agamawan di dalam ILMU menceburi politik secara langsung agar dapat mengubah cara pemikiran masyarakat Islam di Malaysia.

Selain ILMU, khabar angin juga membawa beberapa nama lain yang berpotensi dalam arena politik UMNO, seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan Ustazah Norbahiyah serta beberapa yang lain.

Jika semua khabar angin ini benar, maka, satu perkara pokok yang wajar difahami ialah sekiranya para Ulama ini menceburi politik maka tugas mereka bukan sahaja terhad kepada bidang dakwah dan permasalahan agama, tetapi yang lebih penting ialah mereka wajib untuk mempunyai skil untuk mentadbir dan memahami sedikit sebanyak selok-belok ekonomi.

Kita tidak mahu kawasan yang diterajui mereka menjadi seperti Kelantan, yang selamanya mundur di bawah pemerintahan ‘Ulama’.  

Kita tidak mahu nama ‘Ulama’ atau ‘Islam’ diperlekeh hanya kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Apa yang menarik mengenai kesungguhan UMNO untuk memperbaiki diri dengan mendekati Islam ialah hakikat bahawa saingan paling sengit parti ini, iaitu PAS pula mengambil langkah yang seratus-peratus bertentangan.   

Sejak bekerjasama dengan DAP dan PKR, PAS bertungkus lumus cuba menampilkan imej yang terbuka, sekali gus meninggalkan imej ekstrem yang menjadi pakaian parti itu.

PAS berbangga dengan artis-artis yang memilih untuk bersama PAS dan di masa yang sama, cuba menggambarkan Ulama PAS sebagai sederhana.   

PAS juga tidak segan silu melonjakkan artis-artis kurang cerdik dan bermasalah seperti Bob Lokman, Abby Abadi atau Aishah sebagai ‘ikon’ mengatasi Ulama mereka.  

Artis-artis ini diusung ke hulu ke hilir untuk berceramah mengajar orang lain mengenai agama, iaitu sesuatu yang baru sahaja ditemui mereka.

Akibatnya, keluarlah segala karut marut dari mulut artis-artis bingung ini seperti menuduh orang lain sebagai kafir, serta ada juga yang begitu ‘takbur’ sehingga mencabar dan berdebat dengan Ulama, hanya kerana Ulama tersebut tidak menyokong PAS.

PAS menampilkan artis-artis ini sebagai ‘bukti’ keberkesanan tarbiyah mereka.  

Walhal, apa yang terbukti sebenarnya hanyalah kejahilan artis-artis tersebut, serta kerakusan Ulama PAS yang sanggup membiarkan si jahil menyesatkan orang lain demi kepentingan politik PAS.

Namun, melihat dari kesungguhan PAS untuk membuktikan keterbukaan parti tersebut, tidak mustahil PAS akan meletakkan artis-artis ini sebagai calon PRU-13.

Jika benar, rakyat Malaysia bolehlah menyaksikan kempen pilihanraya paling meriah dalam sejarah apabila ceramah Ulama UMNO bertembung dengan ceramah artis PAS.


No comments:

Post a Comment