Friday, 22 February 2013

PABM 2013 : 8 PESERTA KE PERINGKAT AKHIR !!!


Enam Peserta Terpilih Untuk Bertarung Di Peringkat Akhir PABM 2013

Setelah tiga hari ‘bertarung’, akhirnya lapan peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2013 bakal melangkah ke peringkat akhir untuk merebut piala Perdana Menteri serta wang tunai sebanyak RM21,665 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok (Jumaat) malam.


Bagi kategori Antarabangsa, mereka yang layak ialah Abdel Rahman Ibrahim Sulieman dari Jordan, Daniel Krausse (Jerman), Derrick Fernando Jaramillo (Panama), Abdul Matin Mohammad Azeem (Afghanistan) dan Zhang Yaqi (China).


DSC_3264

Manakala bagi kategori Nusantara, mereka yang terpilih ke peringkat akhir ialah Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli (Malaysia), Adi Ismat Lamat (Brunei) dan Muhammad Zulfadhli Razali (Indonesia).


DSC_3263


Selain wang tunai dan piala, johan bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang piala iringan, hadiah dan sijil.

Naib Johan pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM15,475, piala iringan, hadiah dan sijil.

Tempat ketiga wang tunai bernilai RM9,285, piala iringan, hadiah dan sijil.


DSC_3226

Untuk rekod, penganjuran PABM telah pun memasuki edisi ketujuh sejak kali pertama ia dilancarkan dulu. 

Ia merupakan ilham Perdana Menteri sendiri.


DSC_3241


Pada tahun ini, seramai 78 peserta dari 73 negara antaranya Amerika Syarikat, Kanada, England, Jerman, Itali, Perancis, Belanda, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Jepun dan Korea Selatan mengambil bahagian.

Pertandingan tersebut adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. – mynewshub




No comments:

Post a Comment