Friday, 22 February 2013

PARLIMEN BUBAR !!!



Agak kecoh malam tadi bila kawan-kawan dok sms, whatsapp dan inbox di FB tanya pasal tarikh pembubaran.


Diberitakan Parlimen akan bubar tengahari ini.

Apa pun, aku hanya mampu ketawa sahaja.

Bubar ke tak bubar ke, kerje kena jalan jugak.

So, apa ada hal...

Tapi, ramai pula yang percaya Parlimen bubar hari ni...


parlimen

Penulis difahamkan ramai wartawan dari hampir semua organisasi media sedang bertumpu di perkarangan Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pagi ini kerana mendapat berita kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 dilangsungkan.

Tidak boleh salahkan mereka kerana gembar-gembur pembubaran Parlimen pada 22 Februari (Jumaat) telah tersebar sejak kira-kira dua bulan yang lalu sehingga Bursa Malaysia pernah dilaporkan turut terjejas sebelum ini.

Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen hari ini sekaligus menarik perhatian ramai.

Maaflah… 100 peratus dapat disahkan bahawa tidak ada sebarang pembubaran Parlimen hari ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan wartawan yang sedang berpeluh di kawasan perkarangan PMO, belum ada tarikh pembubaran ditetapkan setakat ini.

Lagipun, untuk lebih mudah faham, Najib berada di Sarawak untuk lawatan kerja rasmi jadi bagaimana hendak ada sebarang pembubaran Parlimen di sana.

Dan bagaimana beliau hendak mengadap Yang Dipertuan Agung untuk mendapat perkenaan baginda bagi pembubaran jika Najib mengikuti lawatan kerja rasmi di Sarawak.

Lagipun tidak berapa molek la kalau pembubaran di buat di luar ibu negara atau Putrajaya.

Penulis difahamkan bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa beberapa minggu lagi. 

Tarikh sebenar biarlah penulis sahaja yang ada gambarannya.

Pengumuman pembubaran kali ini juga berkemungkinan akan dibuat di hadapan rakyat dan situasi itu berbeza dari sebelum ini di mana pengumuman dibuat di hadapan wartawan melalui sidang media.

Jadi rumusannya… tak perlulah duduk kat tepi pagar menanti sebarang pengumuman ok. - mynewshub


No comments:

Post a Comment