Wednesday 20 February 2013

REDHA JE KALAU TAK TERPILIH CALON - JANGAN DOK SABOTAJ !!!



Semua ahli parti khususnya yang telah lama berkhidmat dinasihatkan agar tidak berkecil hati sekiranya tidak terpilih mewakili Barisan Nasional (BN) di dalam pilihanraya umum malah perlu menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.


Ia perlu dilihat sebagai satu proses yang perlu dilalui agar dapat melahirkan pemimpin pelapis dalam memastikan kelangsungan agar parti terus relevan ujar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebarangkalian untuknya dipilih semula sebagai ‘winnabale candidate’ bagi mewakili Umno.

“Pada usia saya sekarang… saya tak kisah, orang macam saya kalau tidak terpilih tidak boleh kecil hati kerana sudah bertanding berkali-kali. Sekiranya dipilih pun OK dan sekiranya diminta untuk memberikan lalulan kepada calon lain pun OK”, katanya selepas merasmikan program ‘Sentuhan Ikon’ yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi.

Beliau secara berseloroh turut mengatakan, sehingga kini hanya dua sahaja calon yang boleh dikatakan telah pasti akan bertanding iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Apa yang penting adalah teruskan kerja untuk memastikan BN terus menang dalam pilihanraya (yang) akan datang”, katanya lagi.

Walaupun tidak dipilih, beliau akan tetap memberikan sokongan kepada calon yang bakal dipilih kelak oleh kepimpinan tertinggi parti malah akan turut sama membantu jentera dalam berkempen.

“Kalau tidak terpilih kita turun bantu jentera parti berkempen, sebab zaman saya dulu bertanding orang lain juga turun bantu kita”, ujar beliau.

Ketika diminta mengulas mengenai isu yang dibawa oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yang kononnya telah dihalang melakukan ceramah di kawasa Felda, Isa menjelaskan dia perlu bermuhasabah akan sebab mengapa dia di halang ?

“Kalau orang tidak bagi masuk, kenapa mahu masuk juga. Macam orang tidak beri kita masuk rumah, mengapa kita perlu masuk. Masyarakat tidak terima kerana mereka hidup aman damai kenapa perlu masuk untuk pecah belahkan dan kacau harmoni”, katanya.

Pembangkang sedar, peneroka Felda adalah merupakan penyokong kuat kerajaan BN, di sebabkan itu pelbagai strategi dan isu digunakan untuk mengelirukan para peneroka.

Walau bagaimanapun pengurusan Felda yakin golongan peneroka tidak akan dengan mudah tertipu dengan cubaan pembangkang yang cuba mengelirukan mereka dengan maklumat yang tidak benar.

(Pakatan pembangkang) telah memcuba sejak sekian lama untuk mencipta pelbagai isu untuk mengelirukan peneroka bertujuan untuk menghasut mereka menentang kerajaan.

Sumber : feldavoice.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??