Tuesday, 19 March 2013

LAHAD DATU - PENDUDUK KEMBALI PULIH DARI TRAUMA !!! PEMBANGKANG DIPERLI SINIS !!!


IMG-20130317-00348

Berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia dan kecekapan pasukan anggota keselamatan negara, kemelut pencerobohan di Sabah semakin hampir ke penghujungnya.


Walaupun begitu, kurang tumpuan liputan media massa dan laman media bebas yang memberikan perhatian terhadap nasib mangsa yang terlibat didalam kemelut pencerobohan ini.

Tumpuan media lebih tertumpu kepada insiden sepanjang kemelut ini.

Penduduk yang terbabit secara langsung terutama di zon merah ditempatkan di penempatan sementara dan diberikan bantuan secukupnya dari pelbagai pihak yang bersimpati dan mengambil berat termasuk kerajaan, NGO, swasta dan lain-lain lagi.

Malah ada yang seronok menginap di dewan penempatan sementara.

Biarpun begitu, penduduk tempatan yang melalui detik cemas semenjak serangan puak pengganas yang menceroboh bermula pada 1 Mac 2013 lalu nampaknya semakin pulih dari trauma dentuman senjata api di kiri kanan mereka.

Penduduk di FELDA Sahabat kini telah mula menjalani kehidupan biasa walaupun dalam keadaan berjaga-jaga.

Sebahagian penduduk yang ditempatkan di penempatan sementara ada yang mula menghuni kembali rumah mereka, kanak-kanak sudah mula bermain seperti biasa, pelajar sekolah sudah mula pergi ke sekolah, peniaga sudah mula berniaga kembali dan sedikit demi sedikit keadaan cemas telah kembali pulih seperti sediakala.


IMG-20130317-00345

Tinjauan wartawan FeldaVoice petang semalam di FELDA Sahabat melihatkan suasana sibuk di Pekan yang mana pada hari pertama kemelut pencerobohan bermula amat sunyi sepi ibarat pekan berhantu yang ditinggalkan.

Rutin hujung minggu dengan Pasar Petang FELDA Sahabat kelihatan rancak dengan kunjungan penduduk membeli belah.

Jelas sekali, penduduk tempatan semakin pulih dari trauma dan kegelisahan.

Anggota Polis Bantuan FELDA juga turut membantu dalam menjaga keselamatan dan keamanan penduduk tempatan dan ini menambahkan keyakinan penduduk untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Tidak jauh dari lokasi Pasar Petang FELDA Sahabat ini, terdapat kem sementara Polis Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut penduduk tempatan yang ditemui, mereka merasa selamat walaupun kemelut pencerobohan ini belum berakhir sepenuhnya.

Mereka meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap keupayaan pasukan anggota keselamatan kita dalam menjaga keamanan di kawasan terjejas.

Rata-rata penduduk yakin dengan Ops Daulat yang dilancarkan, kemelut pencerobohan bakal berakhir sepenuhnya sedikit masa lagi.


IMG-20130317-00344

Ada penduduk tempatan yang ditemui, turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih memegang kerakyatan Malaysia, tetapi bersikap tidak patriotik dan mempolitikkan isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Penduduk tempatan di FELDA Sahabat amat berterima kasih kepada semua pasukan anggota keselamatan (PDRM dan ATM) yang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan bumi Sabah demi keselamatan penduduknya.

Selanjutnya.. BACA SINI lah yer...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??