Saturday 25 January 2014

ALFATIHAH !!! GUGURNYA PEJUANG KALIMAH ALLAH DARI PAS !!!


Salam geng, hari ni wa ada bawa satu berita sedih.

Gugurnya seorang pejuang Islam di tanahair kita.

Ustaz Harun Taib disahkan telah meninggal dunia di Kuala Terengganu awal pagi tadi.


Katua Dewan Ulama' PAS ni wa agak respect juga, sebab Allahyarham antara yang consistent mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh orang-orang Kristian.

Berikut berita Ustaz Harun Taib yang tekah kembali ke Rahmatullah yang wa petik dari FeldaVoice;


Ustaz Datuk Harun Taib, 70, disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 
Mohd Shahir Abu Hassan, Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Pusat, mengesahkan Allahyarham meninggal dunia setelah uzur dan tidak sedarkan diri sejak malam Khamis. 
Allahyarham merupakan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan amat disegani oleh kawan mahupun lawan atas pendiriannya yang tegas berkaitan isu-isu yang membabitkan hal ehwal agama Islam. 
Allahyarham juga merupakan antara Ulama’ PAS yang terbuka dan sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam soal perpaduan Islam. 
Selain itu, Allahyarham amat tegas untuk tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selain Islam, malah menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah didalam majalah The Herald.

Suka untuk wa paparkan 10 petikan kata-kata Allahyarham semasa hayatnya dalam memperjuangkan Islam dari dalam parti politiknya, PAS, yang buatkan wa respect kepada Allahyarham;

1) ISU KALIMAH ALLAH:
”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: 
“Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: 
“Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:
”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:
”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: 
“Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: 
“Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: 
“Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9) HIMPUNAN BLACK505: 
“Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”


10) HIMPUNAN BLACK505: 
“Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”.



Kepada yang membaca entri wa ni, marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Harun Taib.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan disisi hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah...



2 comments:

  1. Saya bukan penyokong PAS tapi saya juga terasa amat sedih dengan pemergiannya. Ustaz Harun Taib merupakan salah seorang pemimpin PAS yang sangat saya hormati kerana terserlah keikhlasannya dalam memperjuangkan ugama Islam(tidak seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS yang lain). Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan masukkannya ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...Aamiin...Ya Rabbal 'alamiin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??