Wednesday, 23 April 2014

KARPAL WAJAR DIBERIKAN PENGHORMATAN NEGARA KERANA SELAMATKAN NEGARA DARI BENCANA BESAR ?!!


Penghormatan negeri atau negara kebiasaannya diberi kepada mana-mana pemimpin utama atau bekas pemimpin utama negeri atau negara yang banyak berjasa dan menyumbang kepada negeri dan negara.


Dalam kes Karpal diberi penghormatan negeri ada kawan-kawan atau pihak-pihak lain yang mempertikaikan sumbangan atau jasa Karpal.  

Mereka bertanya apa jasa dan apa sumbangan Karpal ?

Dalam hidup ini kita kena berpaksikan kepada realiti. 

Walaupun kita berbeza aliran atau anutan politik dan agama dengan Karpal tetapi kita kena akui atau menerima hakikat sumbangan besar beliau kepada negara. 

Saya sebut NEGARA.

Mendiang Karpal Singh sepatutnya diberi penghormatan negara. 

Bukannya penghormatan negeri. 

Penghormatan negara itu jauh lebih besar. 

Saya tidak tahu mengapa Kerajaan Pusat pimpinan Dat0' Sri Najib tidak mengarahkan penghormatan negara diberikan untuk upacara pengkebumian Karpal.


Jasa dan sumbangan Karpal kepada negara cukup besar. 

Kerana Karpal kita dapat hidup dengan selesa di bumi Malaysia hari ini. 

Jika tidak mungkin sudah lama negara kita dilanda musibah atau bencana besar..

Karpal telah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual daripada menjadi pemimpin utama negara kita. 

Jika tidak kerana pendedahan dan asakan daripada Karpal tahun 1997 sudah tentulah pengamal homoseksual berkenaan yang telah dinamakan oleh Tun Dr M sebagai penggantinya akan menjadi pemerintah kita selepas Tun bersara. 

Dah hampir pun ketika itu. 

Nasib baik Karpal yang menjadi penghalang. 

Sebab itu juga saya kata kita kena akui jasa besar Karpal Singh kepada negara kita dan beliau sepatutnya layak diberi penghormatan negara. 

Saya tidak bercakap benda bohong…. saya tidak mengutip khabar angin kemudian dimasukkan ke dalam blog. 

Saya juga tidak mendengar cerita orang yang tidak tahu kesahihannya kemudian dimasukkan ke dalam blog. 

Saya bercakap atau menulis benda yang berdasarkan fakta. 

Sekarang mari saya tunjukkan fakta-faktanya kepada anda…


Sebelum Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat, terlebih dahulu sebelum itu Tun Dr M selaku PM telah dimaklumkan tentang salah laku moral Anwar Ibrahim oleh pelbagai pihak. 

Termasuklah oleh Tun Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara ketika itu. 

Namun semuanya Tun ketepikan… kerana baginya itu semua adalah mainan politik kotor orang yang dengki kepada Anwar. 

Tun tetap mempercayai Anwar dan memilih beliau sebagai penggantinya. 

Sehingga satu masa Anwar diberi memangku jawatan PM sewaktu Tun keluar negara.

Sehinggalah Tun menerima surat akaun bersumpah daripada mangsa liwat dan kemudiannya dibangkit secara serius oleh Karpal Singh dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. 

Barulah Tun membuka mata dan mengarahkan satu pasukan khas polis ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. 

Sebabnya Karpal membangkitkan perkara itu secara serius dalam Parlimen dan mengasak Anwar bertalu-talu. 

Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard) . 

Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. 

Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. 

Sekarang jom kita lihat bukti apa yang dibangkitkan oleh Karpal sehingga ianya menjadi penghalang Anwar dipilih sebagai PM oleh Tun Dr M. 

Dan juga ianya menjadi punca Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno, ditangkap, didakwa dan dipenjara. 

Kalau ada sesiapa kata saya tipu, anda boleh cari sendiri di laman web Parlimen Malaysia (klik disini), atau pergi sendiri ke Arkib Parlimen di Bangunan Parlimen Malaysia. 

Manalah tahu ada yang kata ini superimpose atau kertas tak boleh jadi bukti. 


Kali pertama Karpal membangkitkan perkara ini adalah pada 22 Oktober 1997. 

Teliti, baca dan fahami betul-betul. 

Kemudian fikir-fikirkan. 

Klik pada imej untuk membaca dengan jelas.


Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 18 Disember 1997



Anak panah merah: Itulah ayat 'pembunuh' yang menjadi penghalang cita-cita Anwar untuk menjadi PM. Dalam Parlimen beb. Akuan bersumpah pula tu.  Bukannya surat layang yang kita terima kemudian diminta fotokopi 10 keping dan edar. Siapa yang dapat  lagi , fotokopi pula 10 keping dan edar. Karpal siap nak panggil Azizan (mangsa liwat) ke Dewan Rakyat lagi.

Hebat orang-orang Anwar ganggu Karpal dan panggil Karpal benggali lagi dalam Parlimen. Hari ini Anwar kata anak cina anak dia, anak india anak dia, anak iban pun anak dia. Mana suara dia waktu Karpal dipanggil benggali oleh orang-orangnya.

Memang layaklah Karpal digelar Harimau Jelutong. Dia memang berani. Dia gasak TPM pasal salah laku moral rapat ke dinding walaupun diganggu dengan hebat oleh penyokong-penyokong Anwar yang cuba menghalang Karpal terus mengasak.


Berdasarkan semua fakta inilah saya katakan Mendiang Karpal Singh patut diberi penghormatan negara. 

Jasanya cukup besar kepada negara. 

Pendedahannya membuatkan Tun Dr M membuka mata dan seterusnya mengarahkan polis menyiasat. 

Jika tidak kita tidak tahu apa nasib negara kita sekarang. 

[ SUMBER ]



1 comment:

  1. Ditambah lagi, KS tak panggil saksi untuk membela DSAI.

    Ini menguatkan lagi matlamat KS adalah supaya DSAI masuk penjara sekali lagi dan mengotakan hujad KS di parlimen dulu (lihat atas).

    Tugas KS dah selesai.

    Tapi saya hanya berterima kasih kpd KS je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??