Friday, 30 May 2014

#PRKTelukIntan: CALON DAP MENIRU DALAM UJIAN !!!



Tinggal sehari sahaja lagi hari sebelum pengundi di Teluk Intan keluar memilih wakil rakyat baharu mereka. 



Calon DAP, Dyana Sofia seakan-akan cuak dan gementar untuk meneruskan siri kempennya untuk memenangi hati rakyat di Teluk Intan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Dyana tidak langsung menampilkan matlamat utama atau menyatakan dengan jelas manifesto yang beliau kemukakan dalam setiap ceramah yang diadakan. 

Makanya, jalan yang paling mudah buat Dyana adalah hanya ‘mencedok’ idea-idea dari manifesto yang dikemukakan oleh calon dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong.

Sebelum ini, yang ada hanyalah kisah cerita mengenai diri ibunya yang pernah menjadi ahli PERKASA, dirinya yang tidak begitu dekat dengan parti UMNO serta, memburukkan imej universiti tempatan, UiTM walaupun beliau telah menuntut di sana dengan berhasil memperolehi kelayakan pendidikan dalam bidang undang-undang. 

Semua ini dicanang kepada umum demi menunjukkan betapa teruknya kerajaan sedia ada ini.

‘Mencedok’ manifesto dari pihak lain menghasilkan pembinaan persepsi yang negatif buat diri Dyana sendiri secara tidak langsungnya. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng mendakwa kandungan manifesto Dyana menyamai manifesto yang dibawa oleh Mah Siew Keong, khususnya dalam konteks yang menyasarkan golongan belia. 

Katanya, Dyana banyak meniru manifesto calon BN beberapa hari lalu.

Menerusi laporan media tempatan, Mah dalam manifestonya menjanjikan lebih banyak peluang peluang pekerjaan, di samping beberapa projek pembangunan dirancang untuk pembangunan anak muda antaranya seperti penyediaan gelanggang futsal, kompleks sukan dan penyediaan zon WiFi yang lebih luas.

Untuk itu, bagi Dyana, beliau sendiri tidak mahu kalah dengan manifesto yang diadakan oleh calon Mah. 

Tidak hairanlah Dyana mengemukakan manifesto yang seakan-akan sama atau dalam kata lain seperti meniru.

Dyana turut memfokuskan pembinaan infrastruktur kesukanan bagi anak muda serta berjanji untuk bertemu dengan para pemilik perniagaan dan pengusaha untuk membincangkan kaedah untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih bermakna.

Dalam hal ini, ia jelas dari awal lagi Dyana tidak ada perjalanan yang khusus untuk menjadi wakil rakyat hatta menjadi ahli politik yang berkaliber. 

Biarpun punyai latar belakang pendidikan yang kukuh, namun kepincangannya terserlah dek kerana kurangnya pengalaman yang ada. 

Dalam musim pilihan raya, latar kehidupan pemimpin dikemukakan dengan hasrat tertentu. 

Bersandarkan kedudukan dalam parti, latar belakang itu boleh jadi baik atau buruk. 

Justeru, tindakan dan cara Dyana ini telah memberikan latar belakang yang buruk kepada warga Teluk Intan.

Malah, kepimpinan DAP yang tertinggi juga sepertinya tidak menunjukkan cara atau jalan yang sewajarnya buat diri Dyana untuk menjadi calon yang terbaik.

Justeru, keadaan ini telah menampilkan diri Dyana yang ‘kosong’ sahaja untuk dijadikan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. 

Mungkin, belum penuh lagi pengertian mengenai tanggungjawab dan kebijaksanaan yang perlu ada dalam diri wakil rakyat itu difahami sepenuhnya oleh diri Dyana.

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment