Friday, 30 May 2014

#PRKTelukIntan: MAH VS DYANA - SIAPA MAMPU TEGAKKAN MENARA CONDONG ?!!


Pilihanraya Kecil Teluk Intan kali ini menyaksikan pertembungan antara DAP dan Barisan Nasional. 



Isu yang paling penting perlu diambil kira oleh para pengundi di Teluk Intan adalah antara ke dua-dua calon BN dan DAP, siapakah yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Teluk Intan?

Sekiranya kita menghantar surat sokongan dengan kepala surat DAP dan tandatangan Dyana untuk anak kita belajar di universiti, mohon pinjaman Tekun, rumah SPNB, minta AIM, persoalannya adakah surat itu akan mendapat bantuan yang sewajarnya dari Menteri Besar, Perdana Menteri, Menteri, Agensi Kerajaan Pusat dan Negeri. 

Jawapanya sudah tentu tidak bukan. 

Dengan erti kata lain DAP bersama calon mereka Dyana tidak akan mampu berkhidmat untuk rakyat Teluk Intan.

Sebaliknya jika Datuk Mah yang memohon peruntukan daripada Menteri Besar, Perdana Menteri, Menteri, Agensi Kerajaan Pusat dan Negeri, maka permohonan tersebut akan dipermudahkan atau dengan kata lain ianya hampir pasti lulus peruntukan yang dipohon oleh Datuk Mah. 

Ini bermakna Datuk Mah dapat membawa suara rakyat Teluk Intan ke Parlimen disamping dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Disamping itu juga pengalaman yang luas dalam bidang politik dan akademik telah menjadikan Datuk Mah Siew Keong mempunyai banyak kelebihan berbanding Dyana Sofya yang hanya membawa suara rasis, chauvanist dan kiasu melampau DAP sahaja.

Oleh itu rakyat Teluk Intan perlu memikirkan kepentingan diri dan anak cucu mereka dalam membuat pilihan semasa mengundi esok. 

Mereka memerlukan Ahli Parlimen yang boleh berkhidmat dan bukannya boneka yang tidak tahu berfikir melainkan mengkhianati agama, bangsa dan negara sahaja seperti Dyana Sofya.

Tambahan pula Datuk Mah mempunyai empat ijazah dari tiga universiti. 

Manakala Dyana pula cuma ada satu ijazah dari UiTM yang cuba dikhianati pula oleh Dyana sendiri. 

Dengan pendidikan yang lebih baik dan lebih jujur dan telus dalam perjuangan menjadikan Datuk Mah sebagai seorang yang lebih jauh berkalibar dari Dyana yang merupakan seorang pengkhianat.

Selain daripada itu Datuk Mah mempunyai pengalaman sebagai Adun Pasir Bedamar, ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal. 

Manakala Dyana yang hanya merupakan pegawai khas Lim Kit Siang sebelum ini pula jelas tidak mampu berfikir dan membuat keputusan terbaik melainkan angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja kepada arahan Lim Kit Siang.

Perkara yang paling penting perlu dipertimbangkan oleh rakyat Teluk Intan adalah hakikat bahawa di belakang Datuk Mah ada menteri besar, perdana menteri, menteri, agensi kerajaan pusat dan negeri tetapi di belakang Dyana pula hanya ada Lim Kit Siang. 

Fikir dan buatlah keputusan terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat anda.

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment