Thursday, 22 May 2014

#PRKTelukIntan: MASUK TOKONG - CALON DAP SANGGUP GADAI AGAMA DEMI UNDI !!!


Telah banyak kita dengar kenyataan-kenyataan kontroversi yang diucapkan oleh calon DAP untuk PRK Teluk Intan (P076) dan Dyana Sofya Mohd Daud sendiri amat kontroversi kerana lahir dari keluarga UMNO.


Malah, ada yang mengaitkan Dyana sebagai agen UMNO dan agen Perkasa dalam parti DAP.

Dyana bukan sahaja mengeluarkan kata-kata yang kontroversi malah perbuatannya juga mengundang kontroversi sepanjang berjalannya musim PRK di Parlimen Teluk Intan ini.

Sebelum ini, Dyana pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan mengundi di Parlimen untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud sekiranya menang dalam PRK ini.

Kita boleh faham jika Ahli Parlimen bukan Islam seperti mendiang Karpal Singh mahupun calon BN, Datuk Mah Siew Kiong menolak Hudud, kerana mereka bukan beragama Islam.

Tetapi, bagi Dyana menolak Hudud ianya menjadi satu kejanggalan kerana Dyana adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

Apakah kerana dia tidak bertudung ?

Terbaru, malam semalam, Dyana telah melangkah lebih jauh lagi dalam tindakannya dengan memasuki Tokong demi untuk meraih undi.

Dyana bersama rombongannya telah berkempen didalam Tokong Soon Teik Keong, Jalan Pasir Bedamar, kira-kira jam 8 malam semalam.

Tindakan Dyana yang memasuki Tokong tersebut mengundang kejutan kepada orang-orang Melayu di Teluk Intan.

Malah, dari respond sinis yang diterima dari beberapa pengundi Melayu yang ditemui menyatakan; 


“Dah tak ada tempat lain lagi ke untuk kempen, kenapa kena masuk Tokong ?” 
“Tidak hairan kalau esok lusa budak ni masuk Kuil dan Gereja pula untuk raih undi.”

Di sepanjang jalan Pasir Bedamar, terdapat banyak premis, kenapa DAP perlu memilih untuk membawa calon Melayu Islamnya itu memasuki Tokong ?

Apakah dengan berbuat demikian, DAP mahu menunjukkan kepada penduduk Teluk Intan bahawa mereka mampu untuk menundukkan seorang Islam masuk kawasan beribadat mereka ?

Jika itu tujuannya, maka, aku secara peribadi bersetuju terhadap pengukur kemenangan DAP untuk menundukkan orang Islam seperti Dyana.

DAP sebelum ini mampu menundukkan PAS, sebuah parti Islam, untuk mengikut telunjuk mereka, dan kini DAP juga telah membuktikan bahawa seorang individu Islam bernama Dyana Sofya juga berjaya mereka tundukkan.

Apakah, DAP juga mampu untuk membuat orang Melayu Islam di Teluk Intan untuk tunduk mengikut telunjuk mereka ?

Bukan sahaja tindakan Dyana tidak dipersetujui oleh masyarakat Melayu di Teluk Intan, beberapa pengundi kaum India juga tidak senang dengan tindakan DAP mempergunakan institusi keagamaan untuk dijadikan tempat berkempen.

Beberapa kaum India yang ditemui juga menyatakan bahawa tempat keagamaan adalah tempat suci yang tidak sepatutnya dijadikan tempat berpolitik.

Menurut mereka, tidak kira jika ianya Masjid, Tokong, Kuil atau Gereja sepatutnya tidak digunakan untuk tujuan berkempen.

Seorang pengundi Cina dalam kawasan DUN Pasir Bedamar yang tinggal di Taman Malaysia pula memberikan komen yang agak berlainan;


“Mana tempat mahu kempen (Tokong) itu dia punya suka, tapi saya kali ini tak mahu undi DAP. Dulu (PRU13) sudah bagi (berikan undi pada DAP) sebab Seah Long Peng itu bagus. Ini calon (Dyana), budak lagi, apa pun tak tahu macam mana mahu kasi undi. Ini kali saya undi Mah (calon BN). Kalau Mah menang dia jadi Menteri, banyak baik untuk Teluk Intan.”

Biarpun ada yang tidak ambil kisah tempat berkempen yang digunakan oleh DAP untuk calon mereka berkempen, namun rata-rata masyarakat Melayu dan India terutamanya tidak senang dengan strategi kempen DAP yang menggunakan tempat ibadat untuk meraih undi.

Nampaknya, tempoh berkempen dalam Parlimen Teluk Intan ini pasti akan menjadi lebih menarik.



No comments:

Post a Comment