Thursday, 22 May 2014

#PRKTelukIntan: DAP PERAK SEMAKIN BERPECAH KERANA DYANA ?!!


JARANG atau senang cakap, tidak pernah berlaku dalam mana-mana proses pilihanraya, parti bertanding tidak mempunyai polling agent dan counting agent – tugas yang biasanya dilakukan oleh ahli parti di peringkat akar umbi (cawangan, kawasan, ranting, cabang, bahagian dan sebagainya) pada hari pengundian.


Memang sepatutnya orang kawasan itu sendiri yang buat kerja-kerja tu semua sebab tugas itu antara lain memerlukan mereka yang kenal dengan pengundi (berbanding orang luar).

Sebagai contoh, keputusan-keputusan ramalan (sebelum keputusan rasmi dikeluarkan) adalah biasanya dibekalkan oleh wakil calon berdasarkan pemerhatian semasa proses pengundian berlangsung.

Kalau tak kenal pengundi, macam mana nak ramal dia akan undi parti itu atau tidak?  

Itu baru satu, ada banyak lagi sebab kenapa orang tempatan penting.

Tapi bila DAP dalam PRK Teluk Intan ini meminta sukarelawan untuk membuat kerja-kerja tersebut sehingga membuat iklan di Internet, itu memberi maksud bahawa tidak ada / tidak cukup ahli akar umbi yang boleh digerakkan atau dalam maksud lain, ada perpecahan yang berlaku dalam parti tersebut.

Secara tidak langsung, membuktikan bahawa benarlah bahawa DAP Perak – dalam kes PRK Teluk Intan ini, memang mengalami perpecahan dalaman antara 3 kem yang berlainan seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Katanya, ini adalah lanjutan dari tindakan DAP Pusat mencalonkan orang luar dan mengenepikan calon tempatan yang dilihat lebih layak dan ada peluang untuk mengisi kekosongan tersebut.

Penulis tidak pasti bagaimana keadaan ini boleh memberi kesan kepada pola pengundian 31 Mei nanti kerana penulis tahu, di Teluk Intan ini, sentimen lebih memainkan peranan berbanding dengan pergolakkan dalaman parti.

Sebab itulah dalam PRU13 yang lepas, kita lihat DAP menang lebih banyak kerusi parlimen/DUN (walaupun hanya ada lebih kurang 100,000 ahli) berbanding PKR yang mendakwa kononnya ada setengah juta ahli atau PAS yang ada berjuta-juta ahli – kerana mereka bergantung kepada sentimen, antara lain sentimen perkauman dan agama untuk menarik sokongan.

Bagaimanapun, penulis percaya keadaan ini sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan kerana sokongan akar umbi ini dalam mana-mana parti politik adalah sangat penting.

Tanpa sokongan peringkat bawahan seperti di Teluk Intan sekarang, ia boleh menyebabkan majoriti undi merosot dengan banyak atau lebih teruk, kalah terus.

[ SUMBER ]




No comments:

Post a Comment