Wednesday, 16 November 2016

ISU 1MDB HANYA PERISAI PEMBANGKANG TUTUP KEJELIKAN MEREKA !!!


Amat betul andaian bahawa isu 1MDB hanya satu isu perniagaan yang diubahsuai untuk dijadikan isu politik demi hendak mengenakan DS Najib yang enggan akur menjadi “hamba” kepada kehendak peribadi Tun Mahathir.



Tambah lagi Tun Mahathir sendiri tidak pernah berminat untuk mendakwa Najib Razak ke muka pengadilan berkaitan 1MDB kerana jauh dalam benak hatinya dia hanya mahu bermain persepsi sahaja.

Selain itu, Tun Mahathir dan kuncu juga amat tahu akan jumlah wang yang dia perlu sedia untuk membayar “counter sue” atas defamation yang dibuatnya.

Berkemungkinan tidak kurang dari RM1 billion ringgit.

Selain dia akan rugi wang dia juga akan malu kerana kesemua tuduhannya hanya berbentuk andaian atau pun “hearsay” sahaja. 

Yang pasti kaya adalah peguam kedua pihak.

Kini, setelah sekian lama, barulah kita sedar, setelah isu 1MDB reda dan “subsides” barulah terlihat dan terbau busuk perilaku pembangkang.

Satu persatu muncul kisah penyelewengan dan berunsur rasuah dilakukan oleh puak pembangkang mula jelas kelihatan.

Itu sebab nya apabila mahu padam atau mahu senyap, akan ada dibangkitkan di luar negara melalui media upahan untuk menaikankan kisah berkaitan 1MDB.

Ada sahaja yang mereka laporkan tanpa kemukakan bukti bila dan di mana.

Asalkan dapat divert perhatian rakyat sudah memadai.

Mereka kata orang ini main judi dengan wang 1MDB, tetapi bila dan di mana dengan disaksikan oleh siapa tidak pula disebut.

Mereka kata orang ini membuat pesta arak dan berparti secara mewah menggunakan wang 1MDB tetap tidak dilampirkan buktinya, jika ada pun, tiada dapat disahkan kebenarannya.

Begitulah seterusnya, asalkan dapat menghidupkan kisah 1MDB sehingga PRU14 sudah memadai.

Kini, sebaik sahaja isu 1MDB reda, maka terlihat pula pelbagai penyelewengan pihak pembangkang dalam pelbagai bentuk.

Dari penukaran status tanah, pemilikan harta yang luar biasa banyaknya, pengurusan perniagaan berunsur rasuah dan pembelian aset dengan cara yang mencurigakan.

Untuk negeri Selangor sahaja sudah cukup menjadi juara seleweng yang akan membuat rakyat menggelengkan kepala.

Dari isu pembelian SPLASH, kisah DEIG, kisah baki wang 7.6 billion kesemuanya muncul dengan menonjol sebaik sahaja mereka tidak berbual berkenaan 1MDB.

Jumlah pembelian SPLASH yang berganda ganda sahaja sudah cukup penuh tangan Azmin Ali untuk menjawapnya.

Ini belum lagi kisah penukaran status tanah dan lain lain.

Terkini, apabila isu budak mentah berusia 28 tahun yang masuk politik parti PKR terus menjadi kaya raya dengan 3 buah rumah dibeli dalam masa terdekat antara satu sama lain dan deretan kereta mewah nya menjadi “top isu” di seluruh negara.

Ini melambangkan sesuatu yang tidak betul.

Tun Mahathir sudah pastinya akan menjadi hipokrit dalam hal ini dan pastinya berdiam diri.

Ini kerana politik Tun Mahathir adalah politik mencapai matlamat dan bukannya politik kebenaran.

Satu waktu dulu ketika Tun Mahathir masih waras dia pernah berkata “ahli politik bukan sahaja mesti bersih, tetapi juga mesti kelihatan bersih”.

Kita tidak pasti sama ada Tun Mahathir sendiri ingat kepada apa yang dia sendiri katakan.

Musuh Tun Mahathir hari ini adalah dirinya yang lampau.

Beliau kontradiksi dengan dirinya sendiri akibat sikap menjilat kahaknya.

Amat nyata sekali isu 1MDB hanyalah umpan Tun Mahathir kepada rakyat marhaen untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada diri dia sendiri.

Dengan menyerang 1MDB secara persepsi dengan bersungguh sungguh dan secara kerap dia dapat menarik mata rakyat kepada musuhnya DS Najib dan mengelak kan dirinya dari di “scrutinize”.

Tetapi ramai juga rakyat yang masih dapat berfikir, lalu membuat andaian, yang bermasalah adalah Tun M sendiri dan bukannya musuh yang diserang.

Mana mungkin dahulu pun serang Perdana Menteri, sekarang pun dengan tabiat lama serang Perdana Menteri juga. 

Semua Perdana Menteri yang menggantikannya salah belaka.

Apa yang pasti isu 1MDB seolah olah menjadi perisai kepada pihak pembangkang,

Selagi mereka berjaya menghidupkan isu 1MDB, waima tanpa sebarang bukti, sudah memadai untuk menutup bau bangkai yang menyelubungi diri mereka.

Kini dengan redanya isu 1MDB, bau bangkai yang disorok oleh pembangkang selama ini mula melantun dan meloyakan semua orang.

1MDB nyata sekali adalah perisai pembangkang untuk menyembunyikan kebathilan mereka sendiri, tanpanya terdedahlah semua najis dan bangkai yang dilakukan oleh pembangkang


[ BB136 ]

No comments:

Post a Comment