Wednesday, 16 November 2016

KATANYA RAKYAT SUSAH, TAPI BUDAK PKR NI MAMPU SUSUN RUMAH MEWAH !!!


Wakil rakyat pembangkang yang selalu mengatakan rakyat di negara ini menderita nampaknya hanya memperkatakan perkara itu di mulut mereka sahaja tanpa ada tindakan yang mereka lakukan untuk mengatasi masalah itu. 



Sebaliknya, mereka menggunakan kesempatan itu untuk mengumpul kekayaan dan membeli rumah banglo yang besar-besar untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Terbaru, kecoh seorang anak muda berusia 28 tahun yang dikatakan Pembantu Khas Ahli Parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, Datuk Adam Rosly dikatakan ada memiliki sebuah banglo di Ampang yang terletak di tengah-tengah kawasan setinggan.

Semalam, dalam jawapannya, beliau kata rumah itu dibeli dengan harga bidaan iaitu RM1 juta bukan seperti RM7 juta yang dikatakan sesetengah pihak.

Gaya ceritanya hanya itu sahaja rumahnya, rupa-rupanya ada dua lagi rumah yang kategori rumah agam milik Adam di kawasan Ampang Saujana dan di Putrajaya.

Apa yang mereka lakukan di saat-saat beberapa golongan manusia yang tergolong dalam 40 peratus yang mempunyai pendapatan yang rendah meluahkan kesusahan dan beban ditanggung di media sosial?

Mereka tidak lakukan apa-apa sebaliknya mereka menyelamatkan diri mereka sendiri dengan mengumpul banyak banglo.

Memandangkan Adam berusia 28 tahun, adalah lebih baik kita membawa perhatian kepada laporan yang mahasiswa universiti di negara ini sebenarnya hidup dalam keadaan menyedihkan sehingga kebuluran dan laporan itu menjadi viral. 

Ada mahasiswa dikatakan kebuluran sehingga mengalami masalah usus sehingga muntah darah dan dua kali muntah biasa kerana menahan lapar.

Ketika pemimpin kerajaan bertungkus-lumus mencari mekanisme untuk mengurangkan beban rakyat berdepan kos sara hidup, mereka rupanya mengumpulkan harta kekayaan.

Betapa mudahnya untuk menjadi kaya dengan menjadi orang kuat parti pembangkang biarpun usia masih muda.

Difahamkan ada beberapa laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa dan siasatan akan dijalankan nanti.


[ BB137

No comments:

Post a Comment