Wednesday, 12 April 2017

DAP BAKAL TERKUBUR AKIBAT KEMELUT DALAMAN, ISU RASUAH & PENIPUAN...



Walaupun sudah boleh menjangka nasib yang bakal diterimanya, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga Teh Yee Cheu terpaksa juga membuka mulut meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meletak jawatan.

Desakan itu dibuat kerana  pertuduhan kes rasuah skala besar yang telah terang lagi bersuluh yang sedang dihadapi oleh Setiausaha Agung DAP berkenaan.

Selaku pemimpin tertinggi DAP dan kerajaan negeri, Guan Eng sekarang ini benar-benar berada dalam kemelut dan kesempitan. 

Isu banjir, kajian terowong dan isu dalaman DAP menjadikan Guan Eng dan Kit Siang berada dalam keadaan bernanah.

Sudah ramai ahli DAP di peringkat bawah bangun memberontak melawan cara kuku besi Kit Siang dan anaknya itu.

Keadaan ini bakal membawa keruntuhan pada DAP. Tidak mustahil bakal memberi impak kepada kekalahan besar Pakatan Harapan di Penang.

Kemungkinan besar DAP akan hilang kerusi Ketua Menteri di Penang. PAS kini ada satu kerusi dan PKR ada 9 kerusi. Jika PAS masuk dan kacau semua kerusi PKR ini maka PAS atau BN akan dapat lebihan 9 kerusi ini. 

PAS boleh jadi 10 kerusi atau BN boleh jadi 20 kerusi pada PRU14 nanti. Jumlah kerusi DUN di Penang adalah 40 kerusi. 

Ada dua situasi boleh berlaku : 

1) BN dapat 11 kerusi dan PAS dapat 10 kerusi. Sudah jadi 21 kerusi. 

2) BN dapat 20 kerusi dan PAS dapat 1 kerusi. Sudah 21 kerusi. 

21 kerusi sudah "simple majority" dalam DUN Penang yang mana kesemuanya ada 40 kerusi DUN. Ini yang dibimbangi oleh ADUN Tanjong Bunga itu. 

Punca utama PKR boleh kalah semua kerusi ini adalah kerana faktor skandal Guan Eng. DAP juga mungkin hilang 4 atau 5 kerusi pada PRU14 nanti kerana perpecahan dalaman yang kini kian teruk.

Walaupun begitu, Guan Eng tetap ego dan keras kepala tidak mahu turun dari kuasa yang dimilikinya.

Bukan itu sahaja, masalah banjir di negeri itu juga sudah menjadi sebuah mimpi ngeri buat 1.89 juta (data tahun 2016) penduduknya saban tahun.

Malahan, menurut beberapa pemerhati politik dari PAS, BN dan Parti Alternatif Rakyat (PAP), banjir hanyalah sebuah isu sampingan semasa BN memerintah, sebaliknya bertukar menjadi isu kritikal sejak DAP perintah Pulau Pinang sehingga saat ini.

Sekali lagi Guan Eng telah gagal dalam urus tadbir negeri Pulau Pinang.

Lebih 'memucatkan muka' Guan Eng apabila pihaknya telah gagal menjawab persoalan tentang kos kajian terowong dasar laut yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM305 juta yang ditanggung Kerajaan Pulau Pinang dengan sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar pada Mei 2016 kepada sebuah syarikat.

Malahan, tanah di Pulau Pinang bernilai RM2.83 bilion yang ditukar untuk projek itu telah diprajual oleh syarikat konsesi terowong berkenaan kepada sebuah syarikat disenaraikan pada satu majlis menandatangani perjanjian pada 15 Januari, 2016 yang dihadiri Guan Eng sendiri. Juga satu lagi kisah skandal dan beban DAP pada PRU14.

Terbaru, pendedahan bekas pemimpin DAP bernama Asoghan tentang bagaimana cara parti itu menyingkir keluar tanpa belas kasihan mana-mana pemimpin yang tidak memberi manfaat kepada agenda 'Legasi Lim'.

Sebagai contoh, nama-nama pemimpin veteren DAP seperti Balasundram, Sanmugam dan keluarganya kini dibuang bagai 'sampah tidak dikutip' oleh kepimpinan DAP yang dikuasai oleh Lim Guan Eng bersama-sama ayahnya, Lim Kit Siang.

Turut didedahkan Asoghan bagaimana Karpal Singh 'dihalau' keluar sebagai Pengerusi DAP hanya kerana mendiang itu terlibat dengan masalah di mahkamah oleh Guan Eng. 

Sedangkan pada hari ini, Guan Eng sendiri sedang terpalit dengan masalah yang sama tetapi enggan meletak jawatan. 

Semua kemelut ini sedang bernanah dan menanti meletup sahaja. DAP di Pulau Pinang tidak boleh menafikan bahawa mereka sedang berada dalam sebuah kemelut yang amat kronik.



Sebagai pengundi, cukuplah memberi peluang kepada DAP dan Pakatan Harapan memerintah selama dua penggal di Pulau Pinang dan Selangor. 

Kali ini jangan lagi beri muka kepada DAP lagi untuk mewakili rakyat di peringkat Dewan Rakyat dan DUN. Ahli bawahan DAP sedar mereka akan hilang kuasa di Penang. 

Sebab itulah DAP Melaka sudah keluar dan ramai lagi veteran DAP turut sama keluar. Beban utama dan isu utama DAP sekarang adalah Kit Siang dan Guan Eng. 

Kerana mereka berdua ini adalah liabiliti terbesar DAP sekarang. Ibarat kepala nanah yang sedang tersembul keluar. Hanya menanti detik untuk meletup sahaja. 

No comments:

Post a Comment