Tuesday, 11 April 2017
PAS TANDING 80 KERUSI PAN & PPBM PANAS PUNGGUNG
PAS umum akan bertanding tidak kurang 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, seperti diumumkan Idris Ahmad (Naib Presiden PAS) pada 9 April 2017.
Hasrat PAS ini disambut dingin oleh parti serpihannya iaitu PAN dan serpihan Umno iaitu PPBM. Dalam ketakutan atas pengumuman PAS itu, PAN dan PPBM tampil memperkotak katikkan hasrat parti Islam berkenaan.
Walhal PAN dan PPBM sebenarnya amat seriau dengan perkembangan ini. Andaikan PAS berjaya menang sekurang-kurangnya 30 kawasan daripada 80 yang dihasratkan itu. PAN dijangka akan hilang semua 6 kerusi yang dirampas secara lompat parti daripada PAS dahulu.
Manakala PPBM pula hanya sekadar menagih undi di tempat yang pernah dimenanginya atas tiket Umno dahulu sahaja. Ini belum tentu undi yang sama akan pergi kepada individu seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir ketika mereka berada dalam Umno dahulu.
Gambaran inilah yang menyebabkan PAN dan PPBM 'kecut perut' apabila PAS berani bertaruh di 80 kerusi seperti dihajati.
Tibalah masanya DAP tidak lagi mengharapkan pengaruh undi Melayu melalui PAN dan PPBM kerana berpandukan situasi semasa ini kita dapat lihat pengundi semakin banyak pilihan dan Pakatan Harapan akan ditolak mentah-mentah begitu sahaja.
Apatah lagi sikap DAP yang terus menjadi anti Islam dan dua parti harapannya itu (PAN dan PPBM) masih tidak berdaya meraih sokongan orang Melayu kerana sikap munafik mereka masing-masing dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
PAN dan PPBM akan kalah teruk. PAS sudah sanggup jadi naib juara atau undi kedua tertinggi sahaja di beberapa kawasan parlimen pada PRU14 nanti.
Ini kerana PAS tidak mahu maruahnya tercalar dan tidak mahu undi PAN melebihi mereka. Jentera PAS adalah yang terkuat dalam komponen pembangkang sebelum ini.
Mereka sanggup buat kerja tanpa bayaran dan fanatik dengan perjuangan. Kini PH hanya mengharap jentera berbayar sepenuhnya. Jentera PKR adalah jentera yang boleh dikatan kuat ini.
Belum tentu jentera PKR yang "hardcore" seperti "Otai Reformasi" akan menolong PPBM jika mereka diarahkan begitu. Sabotaj pasti berlaku. Inilah masanya Otai Reformasi membelasah parti Mahathir itu.
PAN hanya boleh harap bantuan DAP untuk menang. Barangkali Mat Sabu akan diberikan satu tempat selamat DAP untuk beliau bertanding.
PPBM lebih teruk, mungkin tewas hampir 95% kerusi yang mereka masuk tanding. PPBM akan ditolak kerana mereka hanyalah parti serpihan sahaja.
PPBM dan PAN hanyalah memecah belahkan lagi undi Melayu. DAP akan kekal menjaga kerusi kerusi selamat mereka. DAP juga akan ambil sikap jaga kubu sendiri dari membazir masa tolong PPBM dan PAN.
Habislah PPBM dan PAN. Kemasukan PAS di 80 kawasan parlimen bakal menjadikan PRU14 banyak pertembungan tiga penjuru dan lebih. Yang pasti kena belasah teruk nanti adalah PPBM dan PAN.
No comments:
Post a Comment