Wednesday, 17 May 2017

Mahathir Umpama Ikan, DAP Umpama Air..



Mao Tse-Tung pernah menyebut "the guerilla must move amongst the people as a fish swims in the sea". Ini antara taktikal bagaimana gerakan gerila hidup dan "survive" di kalangan rakyat. 

Gerakan gerila perlukan rakyat untuk "survive" samalah seolah ikan perlukan air untuk hidup. Samalah juga macam Mahathir perlukan DAP untuk terus hidup dalam politik Malaysia.

12 Mei 2017, Malaysiakini, Mahathir mengakuinya "Yes, i am with the DAP but DAP does not own me. I am on my own". Ya, memang Mahathir kena bersama dengan DAP untuk memenuhi cita cita politik peribadinya sahaja. 

DAP tetap DAP, Mahathir yang pergi berpeluk dan serah tengkuk dengan DAP semata mata hendak menjatuhkan Presiden UMNO. Hanya kerana mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, Mahathir perlukan DAP.

Dulu PKR ditubuh sebab Mahathir pecat Anwar dan penjarakan Anwar sebab kes main punggung. Hari ini Mahathir pula yang mengikut sampai ke mahkamah untuk berjumpa Anwar Ibrahim. Ini bukti Mahathir dah "desperate".

Baru baru ini Wan Azizah dalam temubual bersama Al Jazeera menempelak Mahathir dengan menyatakan bahawa Mahathir lah yang datang mencari pembangkang, bukan PKR dan pembangkang yang pergi mencarinya.

Jadi apabila Wan Azizah menyatakan dalam temubual dengan pihak televisyen asing dan membuat andaian itu, maka benarlah belaka akan kata Wan Azizah itu. 

Mahathir kini sedang menggunakan tiga strategi Machiavelli ini untuk terus "survive".

i - the ends justify the means
ii - crush any opposition
iii - displaying false character

Pertamanya, Mahathir sanggup jadi ikan untuk berenang dalam lautan air yang dulunya dianggap musuh iaitu DAP dan PKR. Menghalalkan semua cara untuk ke Putrajaya.

Keduanya, apa sahaja kebaikan yang Datuk Seri Najib buat, Mahathir akan serang dan kecam. Contohnya, BR1M, Haji 1MDB, pelaburan Arab Saudi, India dan China. 

Ketiganya, watak Mahathir sudah menjadi lain dari wataknya dulu. Rakyat perlu faham dan mengerti sekarang Mahathir adalah Penasihat kepada Pakatan Harapan dan beliau berada di pihak pembangkang. 

Sebab itu Mahathir sanggup pergi duduk sama dengan Kit Siang dan Dr Chen Man Hin, Penasihat DAP dalam Konvensyen DAP pada 4 Disember 2016. Mahathir macam ikan yang perlukan air untuk terus hidup dalam politik. Sanggup buat apa sahaja untuk terus hidup.

Berbeza dengan Datuk Seri Najib yang dipanggil duduk dekat dengan Presiden negara China kelmarin. Di kalangan 30 pemimpin utama dunia termasuklah Putin dan Erdogan, Najib yang diajak duduk di sebelah.

Ini bukti hubungan baik Najib dengan negara China. Dengan Arab Saudi, Najib berlaga pipi lagi dengan King Salman. Di India, Najib dijemput bersama hero terkenal di sana, Rajinikand. Ini semua terjadi kerana mereka percaya dan yakin pada Najib.

Berbanding Mahathir yang kini terpaksa mencari kepercayaan dan keyakinan dari DAP dan PKR untuk terus "survive" dalam politik. Dengan parti PPBM pun, Mahathir sudah hilang keyakinan. Mahathir halau lagi semua ahli yang tidak puas hati keluar parti. 

Mahathir tahu PPBM yang hanya satu kerusi tidak ke mana mana. DAP juga yang boleh digantung harap pada PRU14 nanti. Kalau tiada  air, ikan tidak boleh hidup. Kalau tidak ada DAP, maka musnahlah impian Mahathir untuk jatuhkan Najib. 

DAP pula ada impian lain, hanya mahu "screw" Mahathir sahaja untuk rampas Putrajaya. Lepas rampas Putrajaya, DAP akan tendang keluar semua parti parti lain dan sejuta kakitangan awam. Mahathir sudah tidak berguna dah pada DAP bila Putrajaya sudah ditawan.

Inilah bahayanya Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Baik bersama Barisan Nasional yang dipimpin UMNO. Jangan perjudikan nasib bangsa, berfikirlah sementara masa masih ada.

No comments:

Post a Comment