Thursday, 9 August 2012

PAK JIJAN SERBA TAK TAHU BERSEDIH DIPINGGIRKAN GENG !!!


Ketika Pakatan Rakyat (PR) menjerit-jerit fobia dengan tema ‘55 Tahun Janji DiTepati’ yang diumumkan kerajaan pusat kerana tepat terkena ke batang hidung mereka, kerajaan PR Kedah telah pun melancarkan temanya sendiri iaitu ‘55 Tahun Terus Berbakti’ seawal 17 Julai lagi. 

Namun, tindakan kerajaan Kedah itu seolah-olah tidak ‘diiktiraf’ oleh kepimpinan PR Pusat kerana mereka langsung tidak memperdulikannya. 

Malah, kepimpinan PR Pusat telah melancarkan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema rasmi Hari Kebangsaan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. 

Ini bermakna, Kedah telah ‘tercicir’ dan akan bersendirian menggunakan tema berbeza dari PR dan juga pusat. 

Nampaknya, untuk bersatu hati dalam mencari tema Hari Kebangsaan juga amat payah sekali bagi Pakatan Rakyat. 

Jika begitu sukar sekali untuk mereka menyeragamkan hanya 4 buah negeri, bagaimana PR boleh bermimpi mampu menyamaratakan segala-galanya bagi seluruh Malaysia jika mereka berjaya memerintah ??? 

Inilah akibatnya jika ketiga-tiga parti merasakan parti masing-masing sebagai kepala dan tulang belakang PR dan tiada siapa hormatkan sesiapa di antara sesama mereka sebagai pemimpin tertinggi. 

Namun, kita faham jika kepimpinan PR memekakkan telinga sahaja dengan tema yang dilancarkan oleh negeri Kedah iaitu kerana pemilihan perkataan ‘berbakti’

Sedangkan, perkataan-perkataan yang membawa makna ‘berkhidmat kepada rakyat’ amatlah menakutkan PR. 

Dari satu segi, perkataan ‘berbakti’ tidak banyak beza dengan ‘janji ditepati’ mengikut makna umum dan di dalam konteks Malaysia. 

Apatah lagi jika perkataan tersebut digandingkan dengan angka ‘55 tahun’.

Ini kerana bukan PR tidak tahu bahawa yang berbakti kepada rakyat Kedah dan keseluruhannya selama 55 tahun adalah BN atau Parti Perikatan dan bukan PAS, DAP, PKR jauh sekali Pakatan Rakyat. 

PAS atau PR baru sahaja memerintah Kedah selama tidak sampai sepenggal dan selama itu juga langsung tiada bakti yang dicurahkan. 

Sebaliknya, hanya menambahkan masalah kepada rakyat selain dari menambah pusat-pusat hiburan dan karaoke. 

Oleh itu, tema ’55 tahun terus berbakti’ seolah-olah mengingatkan rakyat kepada jasa-jasa Barisan Nasional dan UMNO kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan kemerdekaan. 

Pelik juga kita kenapa PAS Kedah telah memilih tema yang juga terkena batang hidung mereka sendiri ???

Apapun, dengan kegagalan PR untuk bersatu hati dalam memilih tema untuk digunakan di negeri-negeri jajahan mereka membuktikan betapa rapuhnya pakatan mereka. 

Masalah ini juga berlaku kerana PR tidak pernah mempromosi patriotisme, maka memilih tema untuk Hari Kebangsaan serta menjiwainya tentulah sesuatu yang sukar bagi mereka. 

Apatah lagi dengan terdapatnya segolongan di dalam PR yang enggan menerima sejarah serta ingin mengubah sejarah mengenai kemerdekaan semata-mata kerana ingin ‘membersihkan’ nama nenek moyang mereka. 

Selama ini juga kita melihat pemimpin-pemimpin PR ke hulu ke hilir ke serata dunia tidak puas-puas memburuk-burukkan Malaysia. 

Mereka menggambarkan Malaysia sebagai neraka dunia seolah-olah segala-gala tentang Malaysia adalah buruk lagi busuk. 

Sesungguhnya, PR tidak pernah cintakan negara ini dan tidak pernah mensyukuri nikmat keamanan, kemakmuran, kesejahteraan mahupun keindahan negara ini. 

Justeru, PR mungkin boleh mencipta slogan dan tema tetapi ia tidak membawa apa-apa makna kepada mereka. 

PR juga saban hari mempromosi perpecahan dan bukannya perpaduan. 

PR menentang perpaduan sesama ummah dan di antara kaum kerana perpaduan di kalangan rakyat bermakna kekuatan bagi kerajaan yang memerintah. 

Sedangkan matlamat mereka adalah untuk melemahkan kerajaan.

Oleh itu, untuk PR memilih tema ‘sebangsa, senegara, sejiwa’ adalah satu hipokrasi yang paling besar apatah lagi di kala DAP sendiri tegar menentang ‘satu sekolah’ untuk anak-anak Malaysia. 

Hakikatnya, bukan sahaja PR itu adalah agen perpecahan tetapi PR sendiri tidak mampu menjadi satu parti. 

Sehingga ke hari ini iaitu setelah hampir sepenggal memerintah di 4 negeri, PR kekal menjadi tiga parti dengan tiga ideologi, tiga matlamat dan tiga prinsip yang berbeza, hatta bertentangan juga. 

Kerana itu, PR tidak mampu bersatu walaupun dalam mencipta tema Hari Kebangsaan. 

Bagaimana agaknya nasib rakyat sekiranya parti yang tidak patriotik, tidak bersatu serta menentang perpaduan di kalangan rakyat diberi mandat memerintah Malaysia ???

Fikir-fikirkan dan selamat berpuasa...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??