Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka.
Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’.
Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13.
Antaranya:
1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia
2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru
3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan
Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN.
Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.
Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN.
Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.
Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR.
Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka.
Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.
Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.
Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar.
Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.
Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia.
Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.
Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini.
Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.
Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.
Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis.
Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik.
Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit.
Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.
Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu.
Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti.
Jika ini bukan rasuah, apa namanya ???
Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.
Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.
Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan.
Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja.
Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen !!!
No comments:
Post a Comment