Tuesday, 12 February 2013

GEMA LAUNGAN "1MALAYSIA" DI PENANG MERUNSINGKAN TOKONG GUAN ENG !!!



Akhirnya Psy Gangnam tiba juga di Malaysia dan hadir diri juga dalam sambutan anjuran BN Penang khas untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Kecoh sebelum Psy datang, pelbagai cara, pelbagai hasutan malah pelbagai provokasi dibuat oleh tentera cyber pakatan haram supaya Psy Gangnam batalkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya di Malaysia amnya dan Pulau Pinang khasnya.

Dalam medium facebook dan tweeter serta tak kurang juga dalam blog pakatan haram merayu dan memaksa agar Psy menolak jemputan tersebut. 

Malah ada yang berani mula buat provokasi serta propaganda kononnya Kerajaan BN menggunakan duit rakyat hanya untuk membawa seorang penghibur dari negara Korea itu.

Serangan berterusan dan nampak terdesak terhadap kesanggupan Psy Gangnam (klik SINI) datang Malaysia akhirnya terjawab, Psy Gangnam akhirnya tetap datang untuk bertemu dengan peminatnya di Malaysia dan MI dapat lihat beliau membuat persembahan yang begitu bersemangat dengan hadirnya seorang pemimpin No 1 Malaysia, Datuk Seri Najib yang begitu supportif malah kehadiran pemimpin-pemimpin lain yang berketurunan Cina juga dilihat positif oleh Psy sendiri.

Apa yang amat MI kagumkan adalah bila Psy sebelum persembahan, beliau melontarkan pujian terhadap Gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia dengan lontaran ayat dalam twitternya berbunyi: 

"U were hotter than weather hotter than ever !! One Malaysia !!"


Kemuncaknya Psy Gangnam ketika di pentas persembahan melaungkan "1Malaysia" dan di sahut oleh puluhan ribu manusia yang hadir. 

Gema laungan 1Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa Psy Gangnam menyokong usaha kerajaan yang BN memerintah dalam mengekalkan keharmonian antara kaum. 

Malah keunikan hidup rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, ugama dan budaya juga membuat Psy Gangnam melahirkan rasa hormatnya kepada Kerajaan BN yang begitu serius menguruskan negara ini untuk terus kekal aman dan sejahtera.

Rakyat Pulau Pinang sendiri yang datang dari seluruh pelusuk negeri tidak berganjak bukan sahaja untuk bertemu dengan PM Najib malah mereka dapat melihat penyanyi yang mencipta fenomena dengan lagu Gangnam Style membuat persembahan 'live' secara percuma.

Kritikan dari kerajaan Guan Eng Pulau Pinang sedikitpun tidak menjejaskan mood Psy Gangnam untuk datang dan memberikan persembahan terbaik seperti beliau buat di negara-negara yang lain.

Hancur luluh harapan pakatan haram kerana segala usaha mereka menyekat kehadiran Psy gagal secara total. 

Kaum Cina Penang mula nampak bahawa hanya BN yang mampu berlaku adil kepada semua kaum malah hanya BN yang amat fokus dalam menguruskan negeri atau negara supaya apa yang dirancang kepada rakyat dapat ditunaikan tanpa berdolak dalik.

Syabas dan Tahniah MI ucapkan kepada semua yang terlibat dalam program Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. 

Ianya perayaan bukan untuk kaum Cina sahaja malah semua kaum turut hadir untuk menunjukkan gaya hidup rakyat Malaysia yang sebenar sejak sebelum merdeka.

Lagi... BACA SINI...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??