Monday 4 February 2013

KHALID GAGAP DILONDEH SAMPAI BOGEL !!! MAMPOS !!!



Penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh Khalid semasa pembentangan kertas putih berkaitan transaksi penyelesaian hutang Talam akhirnya dibongkar dan didedahkan oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, anak syarikat tersenarai negeri Selangor sendiri.

Kertas putih yang dibentang oleh Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim akhirnya memerangkap dan membuka pintu untuk siasatan lanjut yang boleh meletakkan kedudukan Khalid Ibrahim di dalam keadaan yang serius berikutan dari penyalahgunaan kuasa beliau sebagai menteri besar di dalam penyelesaian isu hutang Talam yang melibatkan aset dan wang milik kerajaan negeri (WANG RAKYAT) berjumlah lebih daripada RM600 juta.


Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih penyelesaian hutang Talam ini disahkan sendiri oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, syarikat tersenarai Kumpulan Hartanah Selangor Berhad kepada Bursa Saham pada 28 November 2012.

Pengumuman kepada bursa saham oleh anak syarikat milik negeri Selangor jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri tidak dapat menanggung dosa dan bersekongkol dengan menteri besar dalam penyalahgunaan kuasa dan manipulasi harta serta wang rakyat Selangor.


Kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh menteri besar businessman ini tidak lagi dapat dirahsiakan lagi oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan mengumumkan penyiasatan awal kepada bursa Malaysia untuk pengetahuan pemegang-pemegang saham KHSB.

Kumpulan hartanah Selangor telahpun melantik juruaudit bebas kononya AKN Arif yang merupakan sabahat kepada Raja Idris dan penyokong kuat PAS untuk mengaudit transaksi penyelesaian hutang Talam yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Businessman. 

Daripada siasatan awal juruaudit bebas dan seperti yang diumumkan oleh KHSB, terdapat banyak keraguan dan pelanggaran undang-undang dalam transaksi tersebut. 

Lebih memeranjatkan, laporan juruaudit AKN Arif adalah bertentangan dengan pengesahan dan endorsement oleh KPMG yang dilantik oleh Menteri Besar Businessman sendiri untuk mengaburi mata rakyat Selangor yang kini didapati menyesal menukar kerajaan pada tahun 2008 di dalam penyalahgunaan kuasa beliau di dalam penyelesaian isu hutang Talam ini.

Rumusan daripada laporan yang bertentangan dengan juruaudit bebas yang diantik oleh KHSB, Menteri Besar Businessman serta juruaidt KHSB iaitu Ernst & Young, pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Sekuriti dan SPRM telah memulakan siasatan menyeluruh untuk mendapatkan fakta dan bukti-bukti sahih bagi mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing bagi melindungi kepentingan pemegang saham KHSB serta harta dan wang rakyat Selangor yang melebihi RM 600 juta.


Penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih tersebut adalah sesuatu yang dijangka oleh banyak pihak bagi melindungi PENYALAHGUNAAN KUASA beliau sebagai Menteri Besar Businessman dalam isu penyelesaian hutang Talam ini tetapi lebih memeranjatkan, fakta siasatan awal AKN Arif yang mengesahkan penipuan dan penyalahgunaan kuasa beliau di dalam transaksi ini diumumkan untuk pengetahuan rakyat oleh KHSB sendiri. 

Mereka telah memanipulasikan elemen teknikal dan perakaunan bagi mengelirukan rakyat.

Kebodohan Menteri Besar Businessman semakin terserlah, walaupun kertas putih tersebut adalah sampah Menteri Besar Businessman tetap membentangkan sampah kepada rakyat bagi membodohkan rakyat. 

Timbul persoalan di sini sama ada Menteri Besar Businessman itu faham isi kandungan kertas putih tersebut ataupun sebaliknya. 

Mungkin juga Menteri Besar Businessman dipaksa untuk membaca dan membentangkan kertas putih tersebut oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan mungkin PAS mungkin DAP ? 

Sumber : jejarikami




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??