Mungkin juga pengaruh PSY penyanyi lagu Oppa Gangnam Style ini telah menjadikan Lim Guan Eng hilang akal.
Sepertimana umum mengetahuinya, BN Pulau Pinang akan mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina dan penampilan istimewa PSY akan menjadi tumpuan utama didalam majlis berkenaan.
Situasi ini sesungguhnya amat tidak menyenangkan DAP terutamanya Ketua Menteri Pulau Pinang, ‘Tokong’ Lim Guan Eng.
Sebelum ini, amat heboh diwar-warkan di media kononnya sambutan hangat di channel Youtube yang mencecah 100 juta penonton yang telah menyaksikan video parody dari lagu Oppa Gangnam Style yang diubah kepada Ubah DAP Style.
Mungkin kerana DAP tergugat dengan reputasi PSY yang bakal menarik minat pengundi kepada MCA/BN, atau mungkin juga DAP takut disaman kerana video parody DAP itu tidak mendapat keizinan dari penyanyi lagu asal tersebut.
Maka berbagai helah dilakukan DAP untuk melakukan perbuatan sabotaj, antaranya mengupah pelayar Facebook untuk menyerang laman rasmi PSY di Facebook.
Namun, yang terbaru ini amat lucu bunyinya.
Majlis sambutan Tahun Baru Cina yang dijadualkan pada 11 February ini, Guan Eng mengeluarkan arahan kepada pengikutnya untuk memakai baju mengikut kod warna untuk hadir ke sambutan berkenaan.
Warna yang dipilih pula adalah merah sebagai menyokong DAP, kuning sebagai menyokong BERSIH dan hijau sebagai membantah LYNAS.
Bukankah warna hijau, kuning dan merah ini amat sinonim dengan PEKIDA atau biasa disebut sebagai ‘Tiga Line’.
Apakah signifikannya Guan Eng memilih ketiga-tiga warna berkenaan ?
Kenapa tidak warna merah sebagai menyokong DAP, biru muda sebagai menyokong PKR dan hijau sebagai menyokong PAS ?
Atau mungkin warna kuning sebagai menyokong BERSIH, warna hijau sebagai membantah LYNAS dan warna oren sebagai membantah FGVH ?
Kenapa memilih warna hijau, kuning dan merah yang seluruh rakyat Malaysia amat ketahui sangat berkait rapat dengan NGO PEKIDA ?
Adakah Guan Eng cuba untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa dia kini ingin menyertai PEKIDA ?
Tidakkah lucu bunyinya ?
Nampak sangat pemilihan warna ini dan pengumuman akannya sangat semberono dan tanpa membuat kajian dan penelitian terlebih dahulu.
Benarlah sangkaan ramai bahawa pemikiran Guan Eng telah rosak gara-gara berita kedatangan artis Antarabangsa Asia PSY ke Malaysia khusus untuk majlis anjuran BN di Pulau Pinang.
Guan Eng semakin sakit jiwa dibuatnya.
Sumber : SGB
No comments:
Post a Comment