Wednesday 6 February 2013

PERGHH !!! KHALID NAK LARI KE U.S. TAKUT DIKEJAR SAMAN RAKYAT !!!



Beberapa hari kebelakangan ini ramai rakyat Selangor yang kelihatan tersenyum sumbing dan saling bergelak ketawa sesama sendiri yang jika dilihat dari jauh tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, orang lain yang melihat tentunya kehairanan.

Sebenarnya kebanyakan rakyat Selangor tika ini sibuk memperkatakan lawak terbaru yang dipersembahkan oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang baru-baru ini telah buang tabiat mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan selepas perayaan Chap Goh Mei.

Menurut Khalid, pembubaran awal DUN itu akan dilakukan seandainya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak masih tidak menetapkan tarikh pembubaran Parlimen di peringkat Pusat. 

Kononnya dengan berbuat demikian, maka Khalid bermimpi sekiranya tiba-tiba PM membubarkan Parlimen pada akhir Februari 2013 maka bolehlah beliau mendakwa Kerajaan Pusat telah tunduk kepadanya.

Padahal, soal bila PM mahu mengumumkan pembubaran Parlimen patutnya tidak perlu dirunsingkan oleh Khalid. 

Jika sudah tidak sabar sangat, kenapa tidak sekarang Selangor membubarkan DUN ???

Bubar awal, serentak atau sebaliknya, tidak menjadi masalah bagi BN, mana-mana satu tetap memberi manfaat tersendiri kerana senario politik semasa sememangnya sudah memihak kepada BN. 

Tumpuan BN sekarang untuk memastikan waktu yang tepat supaya majoriti dua pertiga yang selesa di Selangor dan dua pertiga yang kukuh di peringkat Pusat benar-benar menjadi realiti.

Namun demikian, disebalik pengumuman Khalid itu selang sehari dua kemudiannya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula mengeluarkan kenyataan belum ada kata putus untuk melakukan pembubaran DUN berasingan dari Parlimen. 

Tak pasal-pasal Khalid malu sendirian kerana mendahului ketuanya.

Bagi khalayak ramai pula, pengumuman MB selangor itu dilihat umpama lelucon politik yang sudah berulang kali diulang siarannya lebih-lebih lagi ia diwar-warkan ketika sebahagian pemimpin PR sibuk mempertikaikan ketelusan senarai daftar pemilih SPR serta keadilan perjalanan pilihanraya yang diuruskan olehnya.

Tambah menggelikan hati khalayak bila mana kesediaan Khalid untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri dilaksanakan secara berasingan dengan Parlimen itu timbul tatkala ramai rakyat negeri ini menuntut Kerajaan PKR Selangor menunaikan pelbagai tunggakan janji yang belum ditepati.

Nampak sangat pengumuman itu hanyalah satu usaha untuk mengalih tumpuan umum disamping bertujuan mengelakkan Kerajaan Negeri pimpinan PKR dapat lari dari tuntutan rakyat. 

Jika Khalid fikir pengumumannya itu menyebabkan rakyat lupa janji PRU 12 2008 yang gagal dilunaskan oleh PR, memang silap besar.

Tapi itulah kenyataannya, sudah menjadi satu tabiat semulajadi para pemimpin PR bila masuk bab berjanji merekalah yang ke depan, bila tiba masa rakyat menuntut janji, macam-macam alasan diberikan untuk mengelakkan diri dari menepatinya.

Selagi segala janji belum ditepati, usahlah Khalid mahupun PR mengharapkan keajaiban tambahan pula disaat kedudukan dan imej PR di Selangor tika ini semakin merudum pada pandangan umum. 

Jika PRU 13 nanti, PR dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN itu sudah dikira bernasib baik, untuk dapat lebih dari angka itu, bolehlah PR sekadar bermimpi sahaja disiang hari.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??