Wednesday 13 February 2013

SELEPAS LICIN DITALANYA BALAK KINI AZIZAN MENANTI BALA PRU-13 !!!



Tidak ada apa yang mampu dilakukan selain menggeleng-gelengkan kepala melihat bagaimana kerajaan PAS Kedah memusnahkan negerinya sendiri.   

Oleh itu, tidak hairan ramai yang mengesyaki bahawa PAS Kedah sememangnya tidak berniat atau tidak mengharapkan akan diberi mandat untuk mentadbir Kedah lebih dari sepenggal. 

Mungkin kerana itulah dalam masa 4 tahun ini, PAS Kedah telah mengaut sebanyak mungkin keuntungan dengan merebut serta mencipta apa saja peluang untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni masing-masing.   

Bukit-bukit gondol akibat pembalakan tidak terkawal menjadi bukti bahawa PAS tidak pernah melihat ke hadapan, tetapi sekadar memikirkan keadaan semasa iaitu dalam masa sepenggal pemerintahan sahaja.  

Bagi PAS, Apa yang berlaku selepas penggal ini bukan lagi masalah PAS, tetapi BN kerana apa yang penting, semua pemimpin dan kroni mereka telah pun kaya.  

Mungkin, sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh exco-exco dan pegawai-pegawai di dalam pentadbiran negeri dan syarikat milik kerajaan negeri Kedah.  

Tetapi, apa yang difikirkan oleh pemimpin tertinggi Kedah, iaitu Azizan Razak mungkin berbeza.  

Kerana itu, Azizan nampaknya masih berminat untuk bertanding dan masih menunjukkan keinginan untuk menang dan terus memegang jawatannya.  

Beliau yang terkenal sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa nampaknya masih tidak sedar yang negerinya sedang musnah.  

Sehingga ke hari ini, Azizan terus percaya kepada Rektor KUIN bahawa keadaan di KUIN adalah terkawal dan KUIN tidak punya masalah besar.  

Azizan juga percaya kepada Sanusi, Setiausaha Sulitnya, bahawa pembalakan di Kedah boleh dijustifikasi dan segala kritikan hanyalah mainan politik musuh sahaja.  

Dan Azizan juga percaya yang Phahrolrazi akan dapat memaksa Pulau Pinang membayar caj bekalan air seperti yang diumumkan dalam Bajet Kedah tempoh hari.   

Malah, Azizan yakin Sobri, Presiden Kulim Hi-Tech Park mampu membawa masuk pelaburan asing tambahan ke Taman Teknologi tersebut tanpa sokongan dan bantuannya, sebagai Menteri Besar.   

Begitu juga dengan Bina Darul Aman mampu melaksanakan projek dengan baik serta telus.   

Bagi Azizan juga, segala kerugian dari projek Papua New Guinea, Langkawi, Aquakultur dan semua projek kerajaan negeri hanyalah masalah kecil dan tidak akan menjejaskan pentadbirannya.  

Dengan bergantung seratus-peratus kepada laporan dari ‘orang-orang yang terpilih’ Azizan terus percaya kepada apa yang ingin dipercayainya sehinggakan dalam masa sepenggal ini, beliau langsung tidak pernah mengambil langkah untuk melawat atau meneliti sendiri segala permasalahan yang timbul.   

Biar riuh rendah orang bercakap tentang pembalakan Kedah, biar berjuta orang menunjuk perasaan, Azizan tidak teringin pun untuk melihat sendiri bukit-bukit yang gondol dan air tadahan yang tercemar.  

Azizan tidak tahu bahawa sekiranya beliau masih terus memegang jawatan di penggal hadapan maka ketika itu barulah beliau akan sedar bahawa Kedah sudah tidak ada apa-apa lagi untuk ditadbir.  

Azizan juga tidak tahu bahawa setelah segala exco, pegawai dan kroni mereka kenyang, Azizan akan dipertanggungjawabkan atas kerakusan mereka.  

Di waktu itu, mahu tidak mahu, Azizan wajib memikul tanggungjawab tersebut sebagai pemimpin tertinggi negeri kerana telah tidak mengambil tindakan untuk menghentikan segala kemusnahan, sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.  

Di harap rakyat Kedah mula membuka mata dan bangkit melihat apa yang berlaku di keliling mereka.  

Sedangkan, satu-satunya sumber kewangan yang mampu difikirkan oleh kerajaan PAS Kedah adalah melalui pembalakan.  

Memandangkan semua hutan termasuk Hutan Simpan Kekal juga telah gondol dikerjakan dalam masa sepenggal sahaja, maka bagaimana lagi Azizan boleh menjana pendapatan pada penggal depan ???   

Balak bukannya boleh tumbuh dalam masa sebulan dua dan jika benar semua hutan itu akan diganti dengan ladang rakyat, ia juga bukan boleh menjana pendapatan dalam sekelip mata.  

Lebih dari itu, yakinkah kita bahawa ladang rakyat itu akan berjaya ???  

Apakah wujud kertas-kerja yang berwibawa untuk memperlihatkan yang projek ladang rakyat itu benar-benar berbaloi berbanding balak yang ditebang, hutan yang dimusnahkan dan bencana yang mungkin diakibatkannya ???  

Sudah sampai masanya rakyat Kedah belajar memahami pentingnya memilih parti yang berkelayakan untuk memerintah dan bukannya parti yang hanya tahu berslogan.   

Hari ini, kita telah melihat bukit-bukau termasuk hutan simpan kekal musnah.  

Esok, selepas semuanya licin, tidak mustahil kerajaan negeri akan mula menjual tanah kepada tauke-tauke Cina pula, termasuk dari Singapura, sepertimana yang berlaku di Kelantan selama ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??