Monday 4 February 2013

SKANDAL HOT DI TABIKA KEMAS DIDEDAHKAN !!! BUKAN NIK AJIZ BEKAS CIKGU KEMAS !!!


Semakin hampir dengan PRU13, Pakatan Rakyat semakin jadi tidak tentu arah. 

Kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan kepada rakyat, seringkali dilindungi dengan pelbagai cerita-cerita retorik yang membusungkan dada, sedangkan hakikatnya, rakyat menderita kerana dasar pemerintahan Pakatan Rakyat sangat kejam dan tidak mengira sesiapa, walaupun terhadap kanak-kanak.


TADIKA KEMAS ANGSANA USJ 1, Subang Jaya menjadi bukti kezaliman Pakatan Rakyat Selangor yang diterajui oleh Khalid Ibrahim-Teresa Kok. 

Tadika tersebut merupakan Tadika KEMAS terbesar di Malaysia yang mengandungi 4 buah kelas dan dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. 

Jumlah pelajar adalah lebih kurang 100 orang. 

Murid-muridnya pula terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah Melayu, Cina dan India.

Pada zaman UMNO-BN menjadi Kerajaan Negeri, semua bil tadika berkenaan, dibayar oleh penduduk. 

Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Selangor, semua bil tadika tersebut telah dipindahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sekali imbas, seolah-olah Pakatan Rakyat sangat bertanggungjawab dan enggan membebankan penduduk lagi. 

Kononnya Kerajaan Tempatan yang Ahli-Ahli Majlisnya terdiri daripada puak-puak Pakatan, lebih bertanggungjawab, prihatin dan lebih telus berbanding Ahli-Ahli Majlis dari kalangan UMNO-BN.

Namun itu hanyalah retorik untuk melindungi niat sebenar Pakatan yang cukup kuat menzalimi rakyat itu.

Awal-awal lagi, Pakatan Rakyat telah mempromosikan tentang gerakan ‘MEMBEBASKAN DEWAN KOMUNITI’

Di sana sini ‘kejayaan’ Pakatan Rakyat mengunci pagar dan pintu dewan komuniti atau dewan masyarakat digembar-gemburkan sebagai satu pembebasan.

Puchong-20130204-00172

Puchong-20130204-00173

Tadika KEMAS dari awal penubuhannya lagi telah menjadikan dewan komuniti atau dewan masyarakat sebagai tapaknya. 

Tadika yang tidak berasaskan keuntungan itu, menjadi tempat kanak-kanak pra-sekolah menimba ilmu pengetahuan selain mula mempelajari alam persekolahan sebelum mereka melangkah ke sekolah sebenar.

Niat jahat Pakatan Rakyat sudah boleh dilihat dari awal lagi apabila mereka banyak menghalau, menutup, bahkan mengunci tadika-tadika KEMAS di seluruh negeri-negeri yang mereka tawan. 

Alasannya, dewan masyarakat atau dewan komuniti tidak boleh dijadikan sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. 

Tadika KEMAS pula dilihat dan ditanggapi sebagai tempat mendidik kanak-kanak dengan politik UMNO dan Barisan Nasional.

Sesuatu yang tidak diceritakan dan diterangkan oleh Pakatan Rakyat ialah, KESEMUA DEWAN MASYARAKAT dan DEWAN KOMUNITI telah dibina oleh UMNO dan Barisan Nasional sebelum diwakafkan kepada masyarakat setempat. 

Dan premis tersebut dibina untuk tujuan kemudahan masyarakat setempat, bukannya semata-mata untuk mesyuarat parti politik semata-mata.

Puchong-20130204-00174

Puchong-20130204-00175

Rupa-rupanya setelah MPSJ diberikan hak untuk membayar semua bil, apa yang dilakukan amat menyedihkan, sekaligus mencerminkan sikap sebenar Pakatan Rakyat. 

Semua bil tersebut diperuk dan disimpan tanpa dijelaskan bayarannya.

Hari ini, petugas SYABAS telah datang dan memotong bekalan air TADIKA KEMAS ANGSANA USJ1.  

Jumlah bayaran yang tidak dijelaskan oleh MPSJ adalah sebanyak RM430.16.

Penduduk yang prihatin dengan nasib kanak-kanak di tadika tersebut, mengambil inisiatif sendiri dan mengambil keputusan untuk membayar bil berkenaan.

Puchong-20130204-00176

Sama ada Kerajaan Pakatan Selangor akan mengeluarkan pelbagai dalih dan alasan sambil menyalahkan petugas SYABAS kerana membuat potongan bekalan air tersebut, ianya pasti akan memperlihatkan sikap hipokrit mereka yang amat keterlaluan.

Bagaimana pula dengan reaksi daripada MPSJ ?

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang reaksi atau jawapan daripada MPSJ diberikan… kita tunggulah sama-sama apa lagi pembohongan yang akan dibuat oleh Pakatan Rakyat Selangor.

Sumber : SEL13.COM





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??