Sunday 3 March 2013

BEKAS TENTERA BERBANGSA CINA ANTARA LEBIH 100 BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TIAN CHUA !!!



Seorang lelaki Cina jam 12:15 tengah hari tadi telah membuat laporan polis terhadap Chua Tian Chang (Tian Chua) berhubung kenyataannya, kematian dua orang anggota polis di Lahad Datu dua hari lepas adalah SANDIWARA UMNO-BN.


Pengadu, TEH HOCK YONG yang juga merupakan seorang pesara tentera dari Taman Lima Kongsi, Sungai Bakap telah mengadu, tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR yang mendakwa kejadian yang menyebabkan kematian dua orang petugas keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina hanyalah sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah mewujudkan suasana tidak aman di Sabah.

TEH HOCK YONG juga berpendapat, kenyataan Tian Chua merupakan satu hasutan yang akan menyebabkan segolongan rakyat membenci kerajaan, pasukan keselamatan serta menjatuhkan imej serta etika profesional pasukan keselamatan. 

Perbuatan Tian Chua juga merupakan satu penghinaan terhadap pasukan keselamatan serta anggota yang terkorban dalam insiden di Sabah.

Pagi tadi, jam 9:10 pagi pula, seorang wanita bernama Azizah @ Hasnah binti Sa’adin yang merupakan seorang pesara guru, turut membuat laporan polis terhadap Tian Chua. 

Laporan polisnya dibuat berdasarkan kepada kenyataan Tian Chua yang dibuat menerusi portal KEADILAN DAILY dan TWITTER miliknya yang menyatakan kejadian di Lahad Datu merupakan konspirasi UMNO. 

Azizah @ Hasnah mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Tian Chua yang bukan sahaja telah menghina UMNO tetapi juga pihak polis yang telah bertungkus lumus mempertahankan negara serta keluarga perwira-perwira negara yang telah terkorban.


laporan polis1

Semalam, 2 Mac 2013, laporan polis terhadap Tian Chua telah dibuat oleh Datin Paduka Datuk Norhayati binti Tan Sri Onn dari Kampung Raja Uda, Pelabuhan Kelang, juga terhadap Tian Chua yang membuat kenyataan yang cukup mengguris hati anggota-anggota pasukan keselamatan.

Setakat artikel ini ditulis, sudah hampir 100 laporan polis telah dibuat terhadap Tian Chua, Naib Presiden PKR yang telah mengeluarkan kenyataan menghina anggota-anggota pasukan keselamatan itu. 

Majoriti laporan telah dibuat oleh WANITA UMNO. 

Bahkan Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Hamidah Osman akan menyertai majlis SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT di kawasannya, Sungai Rapat.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Tian Chua cuba berdalih kononnya, KEADILAN DAILY telah tersalah membuat laporan terhadap kenyataannya itu. 

Malahan dia menyalahkan masa pula kerana kononnya, ketika dia membuat kenyataan, kematian dua perwira negara itu belum lagi berlaku. 

KEADILAN DAILY hanya mengeluarkan kenyataannya ketika dua orang perwira negara gugur dibunuh lanun-lanun Sulu yang telah diupah oleh Anwar Ibrahim untuk mewujudkan keadaan kucar-kacir di seluruh Sabah sekaligus, memberikan keuntungan besar kepada Pakatan Rakyat dalam misi mereka mendapatkan undi untuk menawan Putrajaya.


sulu2

Anwar Ibrahim pula malam tadi, telah berceramah dan langsung tidak menyebut tentang laporan REUTERS, MANILA POST, INQUIRER NEWS dan Perisikan Filipina yang secara berterus-terang menyebut namanya sebagai dalang utama pencerobohan lanun-lanun Sulu di Sabah. 

Sebaliknya, dia dengan nada penuh bersemangat, ingin menyaman UTUSAN MALAYSIA kerana akhbar berkenaan telah memetik kenyataan REUTERS, MANILA POST dan INQUIRER POST yang mempersoalkan tentang tujuannya.

Para pecacai Anwar Ibrahim sudah mula mengalihkan tumpuan serangan kepada Hishamuddin Hussein Onn yang dikatakan terlalu berlembut dan menuntut perletakan jawatannya selaku Menteri Dalam Negeri. 

Pada masa yang sama, mereka juga menyalahkan UMNO kerana kononnya UMNO telah memberikan kad pengenalan biru serta kerakyatan kepada warga negara Filipina tanpa sedikit pun menyebut tentang laporan REUTERS, MANILA POST, INQUIRER POST dan Perisikan Filipina yang mensabitkan Anwar Ibrahim dalam kekacauan yang dicetuskan oleh lanun-lanun Sulu.

Mereka selagi boleh cuba menimbulkan persepsi kononnya, lanun-lanun Sulu itu adalah warga Filipina yang telah diberikan kerakyatan negara ini. 

Sedangkan hakikatnya, mereka semua adalah penceroboh dari luar dan tidak pernah menjadi rakyat negara ini.




laporan polis3

Sebaliknya dalam satu laporan yang berasingan, pasukan keselamatan Malaysia telah menemui lebih 1000 dokumen perjalanan Kesultanan Sulu yang berupa passport dan kad pengenalan di belakang sebuah rumah di Lahad Datu sekalipun Kesultanan Sulu dan Negara Sulu tidak pernah wujud dalam peta dunia, baik pada zaman lampau mahupun pada zaman kini.

Ramai yang mengharapkan laporan-laporan polis berkenaan akan ‘MEMBUKA MATA’ Peguam Negara dan mengambil tindakan keras terhadap Tian Chua dan Anwar Ibrahim khususnya yang dilihat menjadi punca dan penyebab utama serangan lanun-lanun Sulu tersebut.

Sumber : Sel13

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??