Fitnah terhadap 'KWSP & Florence Goh Telah Membuktikan Rafizi Memang Kaki Putar Alam'..
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, akhirnya seorang ahli parlimen pembangkang yang suka menabur fitnah dan cerita bohong terkantoi juga akhirnya.
Terang-terang terbukti beliau memang kaki putar alam apabila terbukti menipu dalam tuduhan ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ke atas Florence Goh.
Naib Presiden PKR, yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kini merupakan wakil rakyat yang paling aktif memfitnah di Malaysia. Nampaknya Rafizi ini kerja utamanya adalah memfitnah bukannya servis kepada rakyat.
Pada 20 Mei 2015, Rafizi membuat fitnah dengan mengatakan pelaburan KWSP kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berisiko tinggi dan akan menjejaskan kepentingan pencarum jika tidak mengeluarkan caruman mereka.
Rafizi kata KWSP akan rugi. KWSP pada masa itu kata Rafizi terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion.
Rafizi terkantoi berbohong apabila untuk suku pertama tahun ini berakhir 31 Mac 2017, pendapatan pelaburan KWSP meningkat RM11.79 bilion meningkat sebanyak 73.9 peratus berbanding perolehan RM6.78 bilion pada tempoh sama tahun lepas.
Pada awal tuduhan dulu, ramai pencarum KWSP yang mahu mengeluarkan caruman selepas terpengaruh dengan cerita bohong dan putar belit pemimpin PKR ini.
Terbaru, Pengarah syarikat CRT Insights Technologies, Florence Goh Siew Boy mendedahkan tembelang fitnah Rafizi dengan menafikan dakwaan pemimpin pembangkang itu. Florence mendakwa beliau tidak terlibat dalam sebarang kontrak dengan kerajaan untuk menjadi pelobi untuk kerajaan.
Pada 27 Mei 2017, Rafizi menuduh Siew Boy merupakan bos syarikat yang diupah oleh kerajaan untuk menjadi firma pelobi untuk kerajaan Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS).
Lepas dah terperangkap, dengan mudah Rafizi memohon maaf kepada media dengan alasan tersilap mengenalpasti seorang wanita yang dikatakan ada nama yang sama iaitu Florence Goh juga.
Sudah buat fitnah terang-terang, kemudian senang senang sahaja Rafizi kata dia buat silap. Bermakna, sebelum membuat tuduhan tersebut, Rafizi tidak menyemak dengan terperinci dan hanya membuat tuduhan dengan andaian dan persepsi sahaja.
Orang sebegini kalau dia membuat dakwaan atau tuduhan lagi, janganlah layan dan percaya lagi.
Sudah 12 kali Rafizi lakukan fitnah semata mata bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN). 12 kali fitnah ini rasanya rekod paling banyak memfitnah bagi seorang ahli politik di Malaysia.
Pada 12 Januari 2013, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan telah memfailkan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbitkan artikel fitnah di blognya.
Pada 12 Julai 2014 pula, ada laporan polis dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PKR Kapar Wan Adnan yang mendakwa Rafizi salah guna nama Sultan Selangor dalam isu menggantikan Menteri Besar negeri berkenaan.
Ini lebih menarik, pada 26 Januari 2016, dia didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana menuduh UMNO terlibat dalam serangan ke atas gereja menggunakan Molotov dalam satu artikel yang diterbitkan oleh The Edge pada 2014.
Si pemfitnah ini sebenarnya sudah pun dihukum penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki secara salah halaman 98 Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB, Rafizi didakwa di bawah Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Makin hari, ramai orang sudah tahu permainan putar belit Rafizi dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakannya. Hanya yang bodoh sahaja masih mahu percaya apa Rafizi cakap.
Lagipun, tak lama lagi Rafizi akan bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjiran dalam penjara apabila selesai proses rayuan nanti.
No comments:
Post a Comment