Inilah Sebabnya Mahathir Halang Pakatan Harapan Namakan Siapa Calon PM. Kini Mahathir dan Kit Siang merasakan mereka adalah pemegang 'Kunci' kesepakatan Pakatan Harapan.!! Tetapi PKR pula merasakan merekalah yang paling berkuasa terhadap 'Kunci' tersebut.
Mahathir dan Pakatan Harapan sebenarnya curiga mencurigai antara satu sama lain. Mahathir dalam satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 30 Mei berkata "calon PM tidak dibincangkan semasa mesyuarat itu"
Dua hari lepas itu sahaja, Mahathir buat pengumuman dia mahu jadi Perdana Menteri lagi dalam satu temubual live di Facebook.
Ini bukan berpakat, ini pakatan untuk sebat apa yang patut dapat. Sebab itu mereka masing masing mahu ambil kesempatan sahaja. Tiada niat memikirkan hal rakyat pun.
Pakatan Harapan tetap berhati hati dengan “burung hinggap pada waktu malam”. DAP takut dengan PPBM dan PKR juga bimbang dengan PPBM. Masing masing gila rebut kuasa dan curiga antara satu sama lain.
Mahathir terpaksa namakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri jika PH menang PRU14 kerana tidak mempercayai DAP, PKR dan PAN.
Apa sebenarnya muslihat Mahathir? Sebab itu dari awal lagi Mahathir tidak menamakan langsung siapa bakal PM Pakatan Harapan dan tidak mahu angkat plakad Anwar PM ke-7.
Mahathir mahukan anaknya menjadi Perdana Menteri tetapi menggantikan nama anaknya kepada dirinya sendiri, memandangkan PH pasti menolak pencalonan nama anaknya, Mukhriz sebagai PM. Ini muslihat Mahathir.
Inilah dia sebenarnya nama yang Mahathir mahukan sebagai PM. Inilah yang menyebabkan dia menjatuhkan Abdullah Badawi dan kini mahu menjatuhkan Najib pula sebagai Perdana Menteri.
Bukan kerana 1MDB atau apa apa alasan yang diberi olehnya.
Bersama Mahathir ada banyak bagasi yang menyebabkan “kuasa Perdana Menteri” mesti milik legasinya atau dirinya sendiri.
Mahathir takut jika penggantinya tidak melindungi skandal kewangan yang pernah dilakukannya. Skandal yang yang belum pernah disiasat dan projek mega yang mengalir kepada kroni kroninya.
Mahathir mahu sendiri jawatan PM untuk menjadi "seat warmer" sahaja seperti Wan Azizah. Mahathir tiru strategi Wan Azizah yang mahu beri "seat" itu nanti pada suaminya. Mahathir pula mahu beri "seat" itu pada anaknya.
Mahathir takut jika Anwar atau Wan Azizah menjadi Perdana Menteri anaknya akan "terlepas bas" nanti. Berputih matalah tidak dapat jadi PM.
Mahathir mahu jadi PM sebab mahu Wawasan 2020 diisytiharkan oleh legasinya sendiri dan bukan Perdana Menteri lain.
Sebab lain kenapa Mahathir mahu jadi Perdana Menteri adalah kerana mahu kuasa PM itu dalam tangan legasi atau dirinya sendiri. Sebab ada perkara yang tidak boleh diberitahu kepada orang lain untuk diluluskan.
Jika diberitahu kepada Abdullah atau Najib , maka ia akan terdedah bahawa dia ada buat perkara tidak elok. Maka atas sebab itulah Mahathir mahu kuasa Perdana Menteri itu pada dia sendiri atau legasinya, bagi meluluskan perkara sulit yang disyaki berada di luar negara.
Maka terjawablah semuanya, kenapa Mahathir bersungguh sungguh mahu jatuhkan Najib mengikut jadualnya.
Pada cita cita asal Mahathir, dia mahu Perdana Menteri yang isytihar pencapaian 2020 adalah warisnya sendiri. Lalu ketika warisnya isytiharkan, maka dia pun akan berkata “perjuangan saya kini sudah pun selesai”.
Tapi semua rencana Mahathir ini menerima “set back” kerana Najib belum berjaya diturunkan, dan Allah SWT tidak mengizinkannya.
Semua terjawab kini sebab apa Mahathir larang Pakatan Harapan menamakan calon Perdana Menteri. Mahathir sendiri enggan menyebut nama nama khusus, selain sekali sekala sebut nama itu dan ini dalam nada yang tidak pasti.
Alasan diberi adalah akan menyebabkan perpecahan Pakatan Harapan. Sebenarnya bila Mahathir tahu nama anaknya tidak akan diterima PH, maka Mahathir pun masuklah dalam bakul, angkat namanya sendiri.
Selama ini rakyat Malaysia diperbodohkan dengan isu 1MDB yang dipersepsikan oleh Mahathir hanya untuk kempen membenci Najib semata mata.
Bila Najib dibenci, Mahathir anggap akan senanglah digantikan oleh orang yang dia tunjuk sebagai pengganti. Namun Allah SWT tidak izinkan perancangan Mahathir ini.
George Bush yang masih hidup pun tidak minat untuk jadi Presiden Amerika kembali. Hanya Mahathir yang mahu jadi PM kembali. Bolehlah kawan dengan Robert Mugabe yang sudah berusia 93 tahun dan jadi Presiden Zimbabwe.
Sudah sudahlah Mahathir. Dah lama sangat dah. Hendak kuasa apa lagi? Anak anak dah jadi jutawan dah. Hendak luluskan apa lagi?
Janganlah huru harakan Malaysia lagi. Duit dah banyak. Eloklah Mahathir pergi beli satu pulau dan jadilah Perdana Menteri di situ sampai bila bila. Itu lebih baik. Ambil yang berjiran dengan Zimbabwe.
No comments:
Post a Comment