Sunday, 18 August 2013

RASANYA ADA SEGELINTIR BLOGGER "SO CALLED PRO-BN" KENA MASUK SEKOLAH BALIK !!!


SEMALAM Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mengesahkan bahawa ilusi kerajaan perpaduan dengan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menterinya, adalah kekal sebagai satu ilusi semata-mata.


Tidak wujud tawaran, tidak wujud perjanjian dan sebagainya seperti yang didakwa oleh Anwar.

Malangnya, kenyataan rasmi itu telah dikritik sesetengah pihak (atau satu pihak saja), sebagai terlalu lewat dan pelbagai kecaman lain yang tidak masuk akal sama sekali, serta lebih berupa serangan peribadi terhadap individu tertentu.

Macamlah kenyataan rasmi dari PMO setaraf kenyataan dalam kedai kopi yang boleh dikeluarkan bila-bila masa dan suka-suka macam itu saja.  

Kenyataan dari pejabat rasmi seperti PMO perlu dibuat dengan berhati-hati dan setelah mendapat pengesahan dari pihak-pihak lain yang terlibat, termasuk kelulusan dari Perdana Menteri sendiri.

Tersalah tulis nanti, tak pasal-pasal masuk Mahkamah pulak sebab PMO bukan oraganisasi tidak rasmi macam Pakatan Rakyat yang tidak boleh disaman dan sebagainya.  

Apatah lagi dalam isu ini ia berkaitan dengan Anwar Ibrahim, raja saman.  

Anwar Ibrahim seperti yang kita tahu bukan saman sebab dia betul, tapi saman sebab nak nampak dia betul.

Sudah berapa kes saman malu yang asalnya bersungguh-sungguh dikemukakan Anwar Ibrahim akhirnya ditarik balik dengan pelbagai alasan dan/atau sengaja ditangguhkan, pun kerana pelbagai alasan juga.  

Antaranya, saman terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin (tarik balik) dan saman terhadap Datuk Nallakarupan (sengaja dilewat-lewatkan oleh Anwar).

Maka itu PMO perlu berhati-hati dalam memberikan kenyataan terhadap dakwaan Anwar atau jabatan tersebut tidak ada kerja lain melainkan turun naik Mahkamah untuk melayan saman Anwar.

Selain itu dalam hal ini, bila Anwar membuat dakwaan bahawa dia ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam ilusi kerajaan perpaduan dengan BN, dia bukan menyeret nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang saja, malah nama bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusof Kalla juga.

Sebagai agensi rasmi mewakili Perdana Menteri, PMO perlulah mendapat pengesahan dari pihak-pihak terbabit mengenai kesahihan dakwaan tersebut sebelum sebarang kenyataan rasmi mengenainya boleh dikeluarkan.  

Ini penting untuk menjaga intergriti jabatan tersebut kerana ia mewakili Perdana Menteri.

PMO tahu pendirian rasmi Perdana Menteri dalam isu tersebut, tapi Jusof Kalla ?  

Salah tulis pasal Jusof Kalla, hubungan Indonesia-Malaysia pulak yang bergolak.

Justeru tidak hairanlah kenapa dakwaan ini memerlukan sedikit masa untuk disediakan kerana memerlukan pengesahan dari pihak-pihak berkaitan sebelum boleh diedarkan kepada umum.

Lagipun ini bukan cerita baru, sudah 3 bulan sejak isu yang bermula dengan dakwaan Anwar tidak mematuhi perjanjian sulit dengan Najib mula dibangkitkan Jusof Kalla.

Banyak juga yang sudah dijelaskan secara rasmi atau tidak (termasuk oleh Perdana Menteri sendiri), tapi bila Anwar masih tebal muka membangkitkan cerita sama dengan tokok tambah kononnya ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika UMNO akan menghadapi pemilihan tertinggi parti, maka ini masa yang sesuai untuk PMO masuk campur.

Sebab kita tahu Anwar bawak cerita bohong ini sekarang kerana dia menyasar untuk melaga-lagakan penyokong Perdana Menteri dan Timbalannya agar UMNO berpecah belah.

Yang kita pun nak masuk dalam perangkap dia buat apa ? 

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??