Friday, 23 August 2013

ISRAEL PUNYA PASAL PEJABAT PM PULA YANG DISERANG !!!


Salam Jumaat geng...

Aku agak tertarik dengan 1 pendedahan ni yang melibatkan fitnah terhadap seseorang yang bekerja dibawah Perdana Menteri (PM).


Aku katakan fitnah sebab benda ni tak betul.

Malah aku lihat patern penulisan terutamanya dari kalangan blogger kebelakangan ini banyak yang cuba nak hentam pihak media di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Walau pun tidak disebut, aku tahu siapa yang diorang ni "target" untuk dihentam.

Satu blog telah menuduh penasihat PM tak pandai dan meniru aspirasi Israel dalam slogan "Endless Possibilities".

Bagaimanapun, fitnah ni berjaya dirungkai oleh Bro Mazidul.

Berikut pendedahan Bro Mazidul;

Blogger terbabit mendakwa Malaysia meniru slogan 'endless possibilities' dari negara Israel, HANYA berdasarkan maklumat dimuatkan di dalam press release dipetik daripada laman sesawang goisrael.


Teliti tarikh dokumen terbabit disiarkan, 22 April 2013.



BENARKAH slogan 'endless possibilities' diciluk dari Israel seperti didakwa oleh blogger tersebut ?


Lalu saya tergerak hati untuk mencari kebenaran. 

Perhatikan klip video di bawah, rakaman di Davos, Switzerland sewaktu delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyertai World Economic Forum 2013, berlangsung di antara 23 dan 27 Januari 2013.



Video di atas dimuatnaik ke Youtube pada 20 Februari 2013, kira-kira 2 bulan SEBELUM press release dimuatkan slogan sama, disiarkan oleh Israel.

"Come to Malaysia, where you will find endless possibilities," ujar Datuk Seri Mohd Najib.


Berikut poster dibentangkan sebesar alam oleh Malaysia di Davos pada bulan JANUARI.


Perdana Menteri Israel dilaporkan turut menghadiri forum sama. 

Israel kemudian memuatnaikkan klip video bertajuk Spirit of Israel pada 13 Mei 2013, sekaligus mempromosikan slogan 'endless possibilities' dihujungnya.

Klik di sini.


Ringkasnya, Malaysia LEBIH awal muncul dengan slogan terbabit, pada bulan Januari dan Februari berbanding Israel, April dan Mei. 

Oleh itu, Malaysia TIDAK meniru slogan Israel tetapi berkemungkinan besar Israel meniru slogan dicetuskan oleh rakyat Malaysia. 

Klik di sini untuk mengetahui maklumat berhubung endless possibilities dari sudut  pandang Malaysia.

Okey, itu sebahagian besar dari artikel Bro Mazidul yang aku ceduk.

Apa yang menjadi tanda tanya sekarang ni, kenapa Pejabat Perdana Menteri (PMO) serta penasihat-penasihat PM sering diasak dan kadangkala asakan mereka tu akhirnya berbalik semula kepada mereka.

Pembangkang jangan ceritalah, sebab memang menjadi tugas mereka yang kat "sana" untuk mengasak "kita" kat sini.

Tapi apa cerita plak bila "kita" sesama "kita" asak mengasak ???

Aku tahulah sekarang ni musim pemilihan, tapi berpada lah juga tu perasaan PHD korang ngan fitnah-fitnah yang sebegini.

Tak boleh ke kita ni jadi rakyat yang "I am proud to be Malaysian" ???

Tak payah nak pertikai sana dan pertikai sini, melainkan kalau bukti tu jelas dan sahih.

Ni yang aku nampak, punya sakanlah blogger so called pro-BN ni dok hentam sesama sendiri.

Udah-udah la tu... just live in peace and harmony je la...

Biarkan mereka yang di PMO tu buat kerja mereka, dan kita blogger buat kerja kita kalau rasa diri tu blogger so called pro-BN.

Dedahkan kebejatan puak-puak pakatan tahik tu supaya seluruh rakyat Malaysia tahu siapa puak bangkang dari longkang tu.

Jelaskan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Bukan menghentam sesama sendiri dengan fitnah.

Aku ambil contoh slogan 1Malaysia.

Ramai blogger salahkan sana dan salahkan sini bila 1Malaysia ni tidak diperjelaskan dengan baik kepada rakyat terutama bukan Melayu/Bumiputra.

Tapi mana inisiatif sendiri untuk memperjelaskan apa itu 1Malaysia ???

Okeylah... Sampai sini je.

Lain kali aku sambung lagi tapi topik lain lah pula ye.

Cemuih plak rasa bila cerita pasal dunia blogging ni, tambah-tambah kepada readers yang tak tahu tentang krisis dalam dunia blogging.

Kepada readers yang sentiasa kunjungi blog aku ni tanpa jemu, aku nak ucap terima kasih dan juga minta maaf kat korang sebab kebelakangan ni agak busy dan jarang update blog.

Insyaallah bila berkesempatan aku akan update blog balik macam dolu-dolu... Hehehe...

Adioss... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??