Saturday, 1 March 2014

ANWAR TAK LAYAK JADI MB !!! 21 DALIL !!! #PRKKajang


Banyak sembang-sembang kedai kopi yang menyatakan bahawa Anwar nak sangat jadi Menteri Besar Selangor.

Oleh itu, kat sini aku nak bagitau korang 21 dalil, kenapa Anwar tidak layak jadi Menteri Besar Selangor.



1. Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. 

Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor ???

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor.

Dah sahih Anwar lahir di Pulau Pinang.

3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yang tak ada rekod jenayah. 

Seseorang yang bergelar Dato’ pun akan ditarik balik darjah Dato’ Selangor jika ada kes di mahkamah. 

Inikan pula dalam kes Anwar yang telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

4. Imej Anwar di peringkat antarabangsa yang berhubung rapat dengan pro zionis terutamanya dengan Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yang mana terdapat di kalangan pimpinan DAP, PAS dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor.

Masih ramai ADUN DAP, PKR dan PAS mahukan Khalid kekal sebagai MB.

6. Majoriti NGO-NGO Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. 

Anwar lebih mirip kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yang ditentang hebat oleh NGO-NGO Islam seperti ACCIN dan PEMBELA termasuk rakan-rakan lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dengan melafazkan kata sokongan kepada segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel dengan berhasrat untuk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. 

Ini bercanggah dengan dasar luar negara yang tidak mengiktraf kewujudan negara Israel.

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas-bekas rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sebagai seorang yang berfahaman pluralisme agama yang menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. 

Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yang kuat berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dengan Australia Network’s Newsline (Jim Middleton) yang disiarkan pada 7 Februari 2014 bahawa beliau sedang dalam perbincangan dengan Khalid untuk menggantikan tempat MB Selangor yang baru. 

Sedangkan pada 29 Januari, PAS selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sebagai MB Selangor yang baru.

10. Diperingkat serantau, Anwar telah menjalin hubungan rapat dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang dah diketahui umum mendapat bantuan dana daripada musuh-musuh Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

11. Anwar disebut-sebut untuk merencanakan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. 

Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) yang terlibat secara proaktif memulakan ‘Arab Spring’ di negara-negara timur tengah yang menyaksikan kejatuhan kerajaan-kerajaan di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral.

Dah menang besar majoriti 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi untuk kepentingan Anwar yang gagal jadi PM pada PRU 13.

Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kepada ADUN Kajang untuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari.

Jika dalam rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sebagai ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di selangor.

Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sebagai MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes-kes lain di mahkamah Sivil, sama ada yang sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yang melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. 

Adakah rakyat Selangor mahu melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah ???

15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya untuk ambil alih tempat Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008 dengan memberi tempoh 2 minggu kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mendakwa terdapat 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. 

Ternyata omong kosong.

16. Anwar seorang pemimpin yang tiada nilai integriti dengan sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga orang lain dalam pelbagai isu. 

Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya untuk dilantik sebagai MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi, yang membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman-teman rapat beliau. 

Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. 

Jika ada yang disaman ke mahkamah seperti Dr Chandra Muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dengan kenyataan-kenyataan benar jika dibicarakan di mahkamah.

18. Fahaman pro republikan yang menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dengan mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu terus terpinggir.

Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah-kaedah yang tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara utk mencapai sesuatu cita-citanya.

- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya dengan racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara.

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dalam keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dengan alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari daripada soal siasat polis dalam kes saiful.

- Tahun 2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN menyertai pakatan pembangkang.

- Tahun 2009 mendakwa Prof Dr Yusof Al Qardhawi menyokongnya dalam kes tuduhan liwat oleh Saiful.

20. Kebanyakan kawan-kawan karib Anwar serta pegawai-pegawai yang pernah rapat dengan Anwar telah bermufaraqah dengan beliau. 

Antaranya Datuk Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari (bekas S/U sulitnya), Datuk Zulkifli Nordin (bekas peguambelanya), Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor (bekas Setpolnya) dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dalam majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan yang melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505.



Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sebagai ADUN KAJANG dan MB SELANGOR !!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??