Friday, 7 March 2014

BERSALAH LIWAT SAIFUL: ANWAR DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 5 TAHUN, TAK LAYAK JADI CALON #PRKKajang !!!


Sesiapa yang nak buat kenduri kesyukuran tu, dah boleh la buat ye.

Yang nak bertakbir pun boleh la laung kuat-kuat !!!


Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Berikutan itu, Anwar tidak layak dicalonkan sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang yang akan diadakan minggu hadapan. 

Sebelum ini, Kerusi DUN Kajang kosong ekoran peletakan jawatan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu. 

Perletakan ini bagi membolehkan Anwar bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Ini kerana Fasal (1)(e) Bab LXIV, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bahawa seseorang itu hilang kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN, sekiranya dia telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah dan dihukum penjara tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2,000.

Sungguh pun, Fasal (3) Bab LXIV, memberi pengecualian kepada mana-mana orang yang sedang menjadi ADUN. 

Menurut Fasal (3), sekiranya mana-mana ADUN disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman yang menghilangkan kelayakannya dan dia mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari terhadap sabitan dan hukuman itu, maka kehilangan kelayakan itu tidak mula berkuatkuasa sehinggalah rayuan itu dibereskan.

Namun ia tidak terpakai kepada mereka yang belum menjadi wakil rakyat.  

Fasal (4) Bab LXIV Undang-undang Tubuh Negeri memperuntukkan bahawa:

“Fasal (3) tidaklah terpakai bagi maksud pencalonan atau pemilihan mana-mana orang ke DUN dan bagi maksud itu, kehilangan kelayakan hendaklah mula berkuatkuasa daripada tarikh sabitan dan hukuman”


Berikutkan hukuman Mahkamah Rayuan hari ini maka Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk mengemukakan kertas pencalonannya semasa proses penamaan calon, berdasarkan peruntukkan Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.


Seseorang calon hilang kelayakan jika dia: 
i) telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau 
ii) didapati seorang bankrap; atau 
iii) memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’; atau 
iv) gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau 
v) telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau 
vi) telah memperoleh kewarganegaraan asing.

[ SUMBER ]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??