Hari ini, syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia yang turut mempunyai rangkaian operasi di Filipina dan Indonesia dilaporkan oleh BBC News mengalami kerugian bersih RM405.73 juta (USD95.8 juta) bagi suku ketiga tahun ini.
Apa yang menariknya, kerugian terbesar AirAsia ini disenyapkan oleh puak-puak pembangkang.
Seakannya, Rafizi si sotong goreng tepung dan Tian Chua pengecut telah tertelan halkum dengan berita kerugian besar AirAsia ini.
Namun aku amat yakin jika catatan kerugian ini diperoleh oleh syarikat gergasi penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS), sudah pasti riuh satu Malaya cerita kerugian dan kegagalan MAS itu dicanang bagi menggambarkan kegagalan dan keburukan negara.
Begitulah sikap 'double standard' pembangkang.
Selama ini, pembangkang dalam negara kita ini cukup sensitif jika ada mana-mana syarikat terutamanya syarikat berkaitan kerajaan yang alami kerugian waima kerugian tersebut hanya bernilai RM1.
Tetapi, apabila hari ini AirAsia umum kerugian bersihnya yang beratus juta RM itu, pembangkang kita jadi bisu pula, tertelan halkum barangkali.
Kenapa tidak dicanang ke seantero dunia kerugian yang AirAsia alami?
Tidak mahukah pembangkang membuat demonstrasi desak AirAsia gulung tikar atau menukar CEOnya?
Owh, aku lupa... cerita kerugian AirAsia ini tidak memberikan keuntungan politik kepada puak-puak pembangkang!
Korang nampak sekarang permainannya disitu?
Aku tak nafikan, dalam semua jenis perniagaan ada pasang surutnya, ada risiko untuk rugi dan ada tuah untuk untung.
Tetapi sikap 'double standard' pembangkang yang saban masa mempolitikkan kerugian MAS cukup memualkan rasa.
Sedangkan pembangkang juga amat arif bahawa kedudukan dan segmen MAS adalah berbeza jika ingin dibandingkan dengan AirAsia.
MAS perlu memikirkan tentang masyarakat pendalaman di Sabah dan Sarawak, sedangkan Air Asia tidak terikat dengan tanggungjawab tersebut.
Pembangkang tidak peduli pun akan fakta tersebut, asal MAS rugi sahaja mesti tanya kenapa Air Asia boleh untung?
Dalam sibuk-sibuk puak pembangkang menghentam MAS kerana rugi dan mengangkat AirAsia yang untung, tidak juga puak-puak ini naik pesawat AirAsia.
Mereka pun terbang naik MAS juga walaupun berbuih mulut mereka mengumpat dan mengutuk kerugian MAS saban masa.
Tidak cukup dengan pembangkang, terdapat juga personaliti tertentu dalam AirAsia ini pun turut tumpang semangkuk bila ada syarikat lain yang rugi seperti MAS.
Melalak dan melolonglah mereka di media sosial seperti di Twitter dan Instagram.
Malah insiden berkaitan MAS juga dijadikan bahan sendaan mereka-mereka ini yang aku lihat amat menjengkelkan terutama bila melihat iklan pemasaran pada ketika satu-satu insiden itu terjadi, tidak kurang juga penulisan dalam majalah AirAsia sendiri.
Isu nasi lemak dan MH370 cukup membuatkan aku rasa jengkel dengan strategi pemasaran dan pengiklanan AirAsia.
Jadi, tidak menghairankan jika AirAsia alami kerugian besar kerana aku pun cukup terasa bahawa AirAsia ini satu syarikat yang diuruskan oleh manusia-manusia yang tiada sensitiviti dan kemanusiaan, apatah lagi yang orang lain rasa.
Tambahan kebelakangan ini, AirAsia terlalu sarat dengan kontroversi.
Isu KLIA2 dan AirAsia cukup merimaskan pelanggan, seakan keselesaan pelanggan diletakkan sebagai asas kedua dan sikap angkuh AirAsia itu mencerminkan keuntungan lebih utama dari keselesaan pelanggan.
Insiden-insiden yang berlaku melibatkan pesawat AirAsia juga tidak dilaporkan terutama yang terbaru melibatkan kemalangan kecil antara pesawat AirAsia dan van katering.
Ini telah mengundang rasa curiga pelanggan apabila ianya melibatkan keselamatan.
Namun, semua perkara ini yang berlaku melibatkan AirAsia sedikit pun tidak pernah diperkatakan oleh pembangkang, tetapi aku amat yakin jika hal-hal seperti ini berlaku melibatkan MAS sudah pasti sampai ke White House cerita ini dijaja.
Cerita kerugian AirAsia yang melibatkan nilai wang beratus juta RM juga turut disenyapkan.
Setakat artikel ini aku tulis, pembangkang sedikit pun tidak berkutik nak menyebut tentang kerugian ini.
Malah portal-portal 'hebat' pembangkang juga seakan bodoh tidak tahu mencari sumber beritanya sedangkan kerugian beratus juta RM ini adalah satu cerita besar ekonomi.
Adakala aku terfikir seolah-olah ada sesuatu antara AirAsia dan pembangkang.
Apakah personaliti tertentu dalam AirAsia menjadi penyumbang atau menyertai parti pembangkang?
Atau apakah pembangkang mempunyai share dalam AirAsia?
Bagus la air asia yang selama ni menipu buku akaunting nya akhirnya terbongkar dan mengaku kegagalannya.
ReplyDeleteAir asia ni adalah antara beberapa syarikat mega yang membekalkan dana kepada dapigs dan pkr untuk menjatuhkan kerajaan MELAYU DAN MENJATUHKAN ISLAM.
Boikot Air Asia!
rugi airasia ditanggung pakai duit negara ke?
ReplyDelete