Monday, 25 July 2016

KEBODOHAN DAN KEANGKUHAN AIRASIA UNDANG KEMARAHAN PENUMPANG !!!


Sebelum ini, sebuah entri berkaitan isu ini pernah aku terbitkan. 

Ingatkan AirAsia akan makin bijak bila penumpang dah tegur secara terbuka di laman media sosial.

Rupanya bertambah bengap pihak pengurusan AirAsia ni jadinya!



Artikel sebelum ni korang boleh baca DISINI.

Hari ni, aku nak cerita pasal AirAsia yang semakin menyerlahkan sikap mundur dan tidak bertamadun mereka.

Tindakan AirAsia menukar nama KLIA2 kepada LCCT dalam promosi dan tiket mereka menimbulkan kemarahan dikalangan pelanggan mereka yang keliru tersalah jalan ke LCCT lama.

Malahan ada yang terlepas penerbangan kerana masalah ini.

Awal bulan ini AirAsia telah menukar nama KLIA2 kepada LCCT dalam tiket penerbangan dan bahan promosi mereka tanpa mengambil kira keputusan Kerajaan untuk mengekalkan nama KLIA2 seperti mana yang digazetkan sejak awal pembukaannya.


Tindakan tersebut menyebabkan penumpang AirAsia terpaksa mendapatkan pengesahan melalui akaun twitter mereka.


Di media sosial, ramai pengguna internet tidak bersetuju, ini termasuk Effi Saharudin atau @ 1Obefiend yang menyindir AirAsia bahawa mereka mahu menukar nama KLIA2 kepada LCCT kerana perkhidmatan mereka masih tidak memuaskan seperti di LCCT walaupun telah berpindah ke KLIA2.
Terdapat juga yang meluahkan kemarahan mereka dengan menganggap tindakan AirAsia ini sebagai mundur dan “no class”.
Kebanyakan penumpang mahukan AirAsia menggunakan semula nama KLIA2 yang sudah dikenali dan tidak mengelirukan pengguna pada masa hadapan.










Printscreen selanjutnya sila baca dari entri asal DISINI.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??