Wednesday, 12 April 2017
TONY PUA MULUT LONGKANG CAKAP TAK BOLEH PAKAI !!!
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sekali lagi bikin kecoh. Mungkin disebabkan sejak kebelakangan ini DAP berdepan dengan serangan kiri dan kanan kerana menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, maka beliau sekali cuba bermain politik.
DAP BAKAL TERKUBUR AKIBAT KEMELUT DALAMAN, ISU RASUAH & PENIPUAN...
Walaupun sudah boleh menjangka nasib yang bakal diterimanya, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga Teh Yee Cheu terpaksa juga membuka mulut meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meletak jawatan.
Desakan itu dibuat kerana pertuduhan kes rasuah skala besar yang telah terang lagi bersuluh yang sedang dihadapi oleh Setiausaha Agung DAP berkenaan.
Selaku pemimpin tertinggi DAP dan kerajaan negeri, Guan Eng sekarang ini benar-benar berada dalam kemelut dan kesempitan.
Isu banjir, kajian terowong dan isu dalaman DAP menjadikan Guan Eng dan Kit Siang berada dalam keadaan bernanah.
Sudah ramai ahli DAP di peringkat bawah bangun memberontak melawan cara kuku besi Kit Siang dan anaknya itu.
Keadaan ini bakal membawa keruntuhan pada DAP. Tidak mustahil bakal memberi impak kepada kekalahan besar Pakatan Harapan di Penang.
Kemungkinan besar DAP akan hilang kerusi Ketua Menteri di Penang. PAS kini ada satu kerusi dan PKR ada 9 kerusi. Jika PAS masuk dan kacau semua kerusi PKR ini maka PAS atau BN akan dapat lebihan 9 kerusi ini.
PAS boleh jadi 10 kerusi atau BN boleh jadi 20 kerusi pada PRU14 nanti. Jumlah kerusi DUN di Penang adalah 40 kerusi.
Ada dua situasi boleh berlaku :
1) BN dapat 11 kerusi dan PAS dapat 10 kerusi. Sudah jadi 21 kerusi.
2) BN dapat 20 kerusi dan PAS dapat 1 kerusi. Sudah 21 kerusi.
21 kerusi sudah "simple majority" dalam DUN Penang yang mana kesemuanya ada 40 kerusi DUN. Ini yang dibimbangi oleh ADUN Tanjong Bunga itu.
Punca utama PKR boleh kalah semua kerusi ini adalah kerana faktor skandal Guan Eng. DAP juga mungkin hilang 4 atau 5 kerusi pada PRU14 nanti kerana perpecahan dalaman yang kini kian teruk.
Walaupun begitu, Guan Eng tetap ego dan keras kepala tidak mahu turun dari kuasa yang dimilikinya.
Bukan itu sahaja, masalah banjir di negeri itu juga sudah menjadi sebuah mimpi ngeri buat 1.89 juta (data tahun 2016) penduduknya saban tahun.
Malahan, menurut beberapa pemerhati politik dari PAS, BN dan Parti Alternatif Rakyat (PAP), banjir hanyalah sebuah isu sampingan semasa BN memerintah, sebaliknya bertukar menjadi isu kritikal sejak DAP perintah Pulau Pinang sehingga saat ini.
Sekali lagi Guan Eng telah gagal dalam urus tadbir negeri Pulau Pinang.
Lebih 'memucatkan muka' Guan Eng apabila pihaknya telah gagal menjawab persoalan tentang kos kajian terowong dasar laut yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM305 juta yang ditanggung Kerajaan Pulau Pinang dengan sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar pada Mei 2016 kepada sebuah syarikat.
Malahan, tanah di Pulau Pinang bernilai RM2.83 bilion yang ditukar untuk projek itu telah diprajual oleh syarikat konsesi terowong berkenaan kepada sebuah syarikat disenaraikan pada satu majlis menandatangani perjanjian pada 15 Januari, 2016 yang dihadiri Guan Eng sendiri. Juga satu lagi kisah skandal dan beban DAP pada PRU14.
Terbaru, pendedahan bekas pemimpin DAP bernama Asoghan tentang bagaimana cara parti itu menyingkir keluar tanpa belas kasihan mana-mana pemimpin yang tidak memberi manfaat kepada agenda 'Legasi Lim'.
Sebagai contoh, nama-nama pemimpin veteren DAP seperti Balasundram, Sanmugam dan keluarganya kini dibuang bagai 'sampah tidak dikutip' oleh kepimpinan DAP yang dikuasai oleh Lim Guan Eng bersama-sama ayahnya, Lim Kit Siang.
Turut didedahkan Asoghan bagaimana Karpal Singh 'dihalau' keluar sebagai Pengerusi DAP hanya kerana mendiang itu terlibat dengan masalah di mahkamah oleh Guan Eng.
Sedangkan pada hari ini, Guan Eng sendiri sedang terpalit dengan masalah yang sama tetapi enggan meletak jawatan.
Semua kemelut ini sedang bernanah dan menanti meletup sahaja. DAP di Pulau Pinang tidak boleh menafikan bahawa mereka sedang berada dalam sebuah kemelut yang amat kronik.
Sebagai pengundi, cukuplah memberi peluang kepada DAP dan Pakatan Harapan memerintah selama dua penggal di Pulau Pinang dan Selangor.
Kali ini jangan lagi beri muka kepada DAP lagi untuk mewakili rakyat di peringkat Dewan Rakyat dan DUN. Ahli bawahan DAP sedar mereka akan hilang kuasa di Penang.
Sebab itulah DAP Melaka sudah keluar dan ramai lagi veteran DAP turut sama keluar. Beban utama dan isu utama DAP sekarang adalah Kit Siang dan Guan Eng.
Kerana mereka berdua ini adalah liabiliti terbesar DAP sekarang. Ibarat kepala nanah yang sedang tersembul keluar. Hanya menanti detik untuk meletup sahaja.
Tuesday, 11 April 2017
PAS TANDING 80 KERUSI PAN & PPBM PANAS PUNGGUNG
PAS umum akan bertanding tidak kurang 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, seperti diumumkan Idris Ahmad (Naib Presiden PAS) pada 9 April 2017.
Hasrat PAS ini disambut dingin oleh parti serpihannya iaitu PAN dan serpihan Umno iaitu PPBM. Dalam ketakutan atas pengumuman PAS itu, PAN dan PPBM tampil memperkotak katikkan hasrat parti Islam berkenaan.
Walhal PAN dan PPBM sebenarnya amat seriau dengan perkembangan ini. Andaikan PAS berjaya menang sekurang-kurangnya 30 kawasan daripada 80 yang dihasratkan itu. PAN dijangka akan hilang semua 6 kerusi yang dirampas secara lompat parti daripada PAS dahulu.
Manakala PPBM pula hanya sekadar menagih undi di tempat yang pernah dimenanginya atas tiket Umno dahulu sahaja. Ini belum tentu undi yang sama akan pergi kepada individu seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir ketika mereka berada dalam Umno dahulu.
Gambaran inilah yang menyebabkan PAN dan PPBM 'kecut perut' apabila PAS berani bertaruh di 80 kerusi seperti dihajati.
Tibalah masanya DAP tidak lagi mengharapkan pengaruh undi Melayu melalui PAN dan PPBM kerana berpandukan situasi semasa ini kita dapat lihat pengundi semakin banyak pilihan dan Pakatan Harapan akan ditolak mentah-mentah begitu sahaja.
Apatah lagi sikap DAP yang terus menjadi anti Islam dan dua parti harapannya itu (PAN dan PPBM) masih tidak berdaya meraih sokongan orang Melayu kerana sikap munafik mereka masing-masing dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
PAN dan PPBM akan kalah teruk. PAS sudah sanggup jadi naib juara atau undi kedua tertinggi sahaja di beberapa kawasan parlimen pada PRU14 nanti.
Ini kerana PAS tidak mahu maruahnya tercalar dan tidak mahu undi PAN melebihi mereka. Jentera PAS adalah yang terkuat dalam komponen pembangkang sebelum ini.
Mereka sanggup buat kerja tanpa bayaran dan fanatik dengan perjuangan. Kini PH hanya mengharap jentera berbayar sepenuhnya. Jentera PKR adalah jentera yang boleh dikatan kuat ini.
Belum tentu jentera PKR yang "hardcore" seperti "Otai Reformasi" akan menolong PPBM jika mereka diarahkan begitu. Sabotaj pasti berlaku. Inilah masanya Otai Reformasi membelasah parti Mahathir itu.
PAN hanya boleh harap bantuan DAP untuk menang. Barangkali Mat Sabu akan diberikan satu tempat selamat DAP untuk beliau bertanding.
PPBM lebih teruk, mungkin tewas hampir 95% kerusi yang mereka masuk tanding. PPBM akan ditolak kerana mereka hanyalah parti serpihan sahaja.
PPBM dan PAN hanyalah memecah belahkan lagi undi Melayu. DAP akan kekal menjaga kerusi kerusi selamat mereka. DAP juga akan ambil sikap jaga kubu sendiri dari membazir masa tolong PPBM dan PAN.
Habislah PPBM dan PAN. Kemasukan PAS di 80 kawasan parlimen bakal menjadikan PRU14 banyak pertembungan tiga penjuru dan lebih. Yang pasti kena belasah teruk nanti adalah PPBM dan PAN.
Pakatan Harapan - Satu Lagi Jenama "Failed Coalition"
Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times dan The Economist Intelligence Unit meramalkan Barisan Nasional akan menang pada PRU14 pada awal Januari 2017 lepas.
Media negara jiran juga meramalkan perkara yang sama. Alasan utama mengapa BN diramal menang
RAKYAT SEMAKIN JELAK DENGAN PENULISAN MAHATHIR...
Suatu waktu dahulu ketika Mahathir memulakan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, blog "Che Det" menjadi sangat popular.
Apa sahaja Che Det tulis, ramai yang percaya mentah mentah, tanpa menyemak fakta dan menanti respon pihak yang dituduh. Itulah situasi pada waktu itu.
Monday, 10 April 2017
RELAKAH MELAYU DIBABI KAN ?!!
Penguasa Pakatan Harapan, Lim Kit Siang akhirnya terpaksa 'menundukkan' ego sendiri apabila perlu melutut dengan pengundi berbangsa Melayu untuk terus mencari pengaruh dan undi.
PPBM: Topengnya Muka Muhyiddin, Wajahnya Muka Mahathir
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atau lebih dikenali sebagai parti Bunga merupakan parti yang dibentuk berdasarkan kepada kehendak dan visi Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepentingan dan agenda peribadi beliau.
PENEROKA FELDA TIDAK PERNAH DIPAKSA AMBIL HUTANG..!!!
Kontroversi berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) banyak dikaitkan dengan pertikaian berkaitan hutang peneroka sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab mempolitikkan isu ini dengan menuduh FELDA seakan tidak menjaga peneroka sebagaimana yang sepatutnya.
Sunday, 9 April 2017
BILA AHLI PARLIMEN JADI MONYET !!!
"If you are in power you are powerful, if you dont use your power you are bloodyfool," merupakan kata-kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam.
Kata kata itu terbit sebelum dewan rakyat bertukar menjadi seakan-akan sebuah kandang sarkas oleh beberapa wakil rakyat dari pembangkang.