Thursday, 1 June 2017
DS NAJIB CALON PM TERBAIK.!!!
Kajian INVOKE Buktikan Penyokong Pembangkang Pun Pilih Najib Sebagai PM..
Rakyat Malaysia terbukti tetap memilih Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Itulah hasil keputusan kaji selidik yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Invoke kendalian Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dari 6 Februari hingga 23 Mei lepas.
Ini menunjukkan bahawa penyokong pembangkang pun mahukan Najib terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin kerana faktor kecelaruan calon PM di pihak Pakatan Harapan membuatkan mereka terus memilih Najib sebagai PM.
Kaji selidik itu menunjukkan 31 peratus daripada 18,000 responden memilih Najib. Manakala 28.5 peratus memilih Perdana Menteri dari Pakatan Harapan, 34.4 peratus enggan menjawab dan 6.1 peratus memilih Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kalau dilihat, 34.4 % mereka yang memilih enggan memberikan jawapan itu sebenarnya mereka yang sudah kecewa dengan pembangkang. Kelompok ini pasti memberi undi rosak pada PRU14 nanti.
Atau golongan "fence sitter" yang dulunya sokong pembangkang tetapi kini berada di atas pagar. Cuma belum melompat menyokong BN sahaja lagi. Responden diambil daripada mereka yang membaca portal Malaysiakini. Sudah pasti mereka ini majoritinya totok dan memihak kepada pro-pembangkang.
Undian yang dijalankan oleh Invoke di Malaysiakini itu sudah tentu ada unsur manipulasi, "bias" dan berat sebelah. Jika dijalankan secara lebih adil tentunya keputusannya jauh lebih tinggi lagi memihak kepada Najib.
Kaji selidik ini juga mendapati program Najib sejak kebelakangan ini khususnya dialog bersama pelbagai peringkat masyarakat untuk program Transformasi Nasional 2050 (TN50) berjaya memperlihatkan Najib sebagai Perdana Menteri yang benar-benar mendengar aspirasi rakyat.
Mat Over dan David Teo pun berjaya didamaikan kembali, cubaan Mahathir mempolitikkan situasi mereka berdua pun gagal. Mahathir diam terus, lepas mereka berdua duduk bersama sama.
Dengan di pihak pembangkang yang masih bercelaru tentang siapa calon Perdana Menteri, rakyat sebenarnya rasa lebih baik mengekalkan kerajaan yang sedia ada.
Menjadikan negara ini lebih baik ekonominya, menjadi tumpuan utama pelaburan asing dan pemimpinnya dihormati pemimpin utama dunia adalah satu kejayaan besar yang perlu dibanggakan bersama.
Tidak semua pemimpin boleh mengekalkan kestabilan ekonomi tatkala pembangkang di negaranya mempolitikkan semua benda yang ada. Serangan bertalu talu Mahathir dan Pakatan Harapan tidak pun mampu merebahkan Datuk Seri Najib.
Diduga dengan pelbagai peristiwa seperti MH370, MH17, Lahad Datu dan krisis tebusan di Korea Utara. Datuk Seri Najib berjaya mengharungi semua arus dan badai ini dengan baik sekali. Maka tidak menghairankan mengapa imej Datuk Seri Najib nampaknya semakin terserlah di mata rakyat.
Bercakap dengan prestasi, bukan mengulang balik isu isu yang sudah basi. Kajian majalah Times, tulisan Ian Bremmer mengenai Datuk Seri Najib perlu ditarik balik. Tidak wajar buat artikel hanya berdasarkan satu responden sahaja.
Hanya pemimpin pembangkang sahaja yang masih belum mengalah dan berusaha lagi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Para penyokong Pakatan Harapan nampaknya sudah lain macam. Sebab itulah makin ramai lari tinggalkan parti bunga.
Kapal sudah hendak karam dan tidak tahu ke mana mana. Buat apa lagi hendak sokong Pakatan Harapan, baik sokong Najib jadi PM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment